Monday, December 22, 2008

Rentetan Peristiwa


Gambar yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Renung-renungkanlah!

Burung Syed dah pulih!


AMARAN: Jangan nak "double meaning"kan tajuk di atas.

Burung yang aku maksudkan adalah burung "KENARI" kenderaan rasmi Syed's and Family.

Setelah isterinya yang bernama Fadhilah itu melanggar motor tempohari, Syed bersusah payah menghantar betul burung kesayangannya itu. Kemudian dia spray sendiri "skirting" (aku tak sure nama benda alah bawah tuh.. tau bawak kete jer.. typical woman kan)

Now hasilnya, not bad laa kan.

Aku kene tag!

Tengah minum teh mas cotek tuhhhh.. ahaks! main2 jer!


Actually, dah lama gak aku kene tagged ngan Kak Shidah... teman masa kat MMU dulu. Tapi asyik tak sempat jer nak upload. Aku dah snap dah pic masa hari aku terima msg dr kak shidah tuh...
So hari ni, aku nak melunaskan hutang Tagged ni kepada kak shidah. Hehe.. Amacam kak Shidah, posing camtu ok tak?

Saturday, December 20, 2008

Terlanggar Motor

I'm spoil my special day!
Patah dan kemik :(

Aku letih bangat menguruskan kenduri mak dan ayah pulang dari menunaikan haji.
Akibatnya...

Aku terlelap sewaktu memandu dan melanggar sebuah motor yang berada dihadapan. Mujur pemandunya tak terjatuh. Kalau terjatuh, mesti terseret punye la kat bawah kete. Silap2 bleh mati. Ishhh.. selisih

Syukur pemandunye selamat.

Aduhhhhh!!! Duit lagi!!!

My 5th Anniversary!

5 tahun yang lalu, pada waktu ini aku sedang bersiap ke masjid untuk dinikahkan bersama dia. Sepatutnya, pukul 10.30 aku sudah berada di masjid. Tapi aku lewat. Aku kan melayu! Janji melayu. Haha... pukul 11 lebih baru aku tiba walaupun jarak masjid dengan rumah aku, hanya beberapa meter sahaja.

Syed pula, 5 tahun yang lalu.. pada waktu ini sedang berdebar, cemas, cuak dan segala rasa yang tak best laa menyelubungi. Dalam hati sure tertanya2 mana bakal isteri aku yang tak sampai2 nih.
Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri.

Kini telah bersama selama 5 tahun plus 2 tahun bercinta minus 2 tahun putus cinta. :P

Dulu, kini dan selamanya... aku tetap sayang pada dia.

Syed Syahrul Zarizi, contract seumur hidup menjadi suami kepada Fadhilah.

*** Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat. Amin

Sayang, happy anniversary! love u bebeh!

Wednesday, December 17, 2008

Dilema Breastfeeding Mum

Aku sepatutnya menghadiri Kursus Induksi selama seminggu bermula pada 15 Dec 2008. Tapi aku tak pergi setelah membuat surat rayuan untuk dikecualikan pada kali ini.

Alasan yang aku gunakan bagi aku adalah sangat kukuh, iaitu aku menyusukan anak aku, Syed Fahim. Selain daripada masalah tiada penjaga sekiranya aku pergi kerana mak ngan ayah aku belum balik dari menunaikan haji.

Setelah mendapat kebenaran dari orang atasan yang bertanggungjawab dalam kursus ini, aku ingatkan kes aku minta dikecualikan ini settle. Rupanya orang lain plak yang bangkitkan isu ni masa meeting kat tempat kursus.

“Abis tuh, kalau menyusu 2 tahun, 2 tahun lah tak payah pergi kursus?” kata2 ini keluar masa dalam meeting.

Aku bukan nak kutuk ke apa... tapi pada aku, mereka yang perlekehkan alasan aku kerana menyusukan anak.. sebenarnya orang yang tiada kesedaran dan pengetahuan tentang kebaikan susu ibu.

Aku ingat lagi, Melor pernah cakap yang sekiranya majikan tak membenarkan pekerja yang menyusukan anaknya untuk pergi mengepam susu, pekerja itu boleh mendapatkan surat Doktor bagi memastikan proses mengepam dapat dijalankan. Dulu aku mengepam 3 kali pada waktu bekerja dan memakan masa lebih kurang 20-30 minit satu sesi. Yang pergi mengepam bukan aku sorang di department tu. Tapi 4 orang! Tu belum aku masukkan skali kakak2 dari department lain yang mengepam pada waktu dan tempat yang sama. (bagi mereka yang mengepam, mereka akan tahu masa2 mengepam. Aku malas nak cerita detail). Malah, boss aku ketika itu yang lelaki berbangsa India menyokong penuh dan memberi kelonggaran kepada kami untuk pergi mengepam. Pada ketika itu, kami mengepam di stor sebab kecoh kami keluar beramai2 ke surau . Tetapi Mr. David menyuruh kami mengepam di surau sekiranya keadaan di stor tidak selesa. Punye laa concern pada ibu2 yang menyusukan anak.

Aku bukan tak suke kursus2 macam ni. Masa zaman aku belajar dulu.. aku anggota Askar Wataniah okey!!! Camping2 pun memang aktiviti kegemaran aku. Setakat upceiling ker... obstacle apa pun.. aku tak gerun laa. Setakat ular tuh... aku leh letak kat leher laa...ular kecik laa tapi (tapi masa askar wataniah, cicak kobeng naik atas kepala, aku nangis!) Bukan nak cakap besar ke apa. Tapi aku memang seorang yang lasak! Aku pun bukan tak tahu keadaan kat tempat kursus tuh. Aku dah pergi dah masa belajar dulu. Memang best, memang seronok! Ada laut lagi!

Tapi skarang ni, aku dah ada anak. Menyusukan pulak! Takkan aku nak tinggalkan anak aku selama seminggu! Kalau 3 4 hari tu ok lagi... ni seminggu!

Lantak laa.. yang penting, aku nak capai objektif aku untuk susukan anak selama 2 tahun seperti yang disarankan dalam Islam.

Yang banyak bunyi tu.... anak korang susu badan sampai 2 tahun ker? Ke korang yang hisap susu untuk anak tuh?

Tuesday, December 16, 2008

Kerja Lebih Masa


keadaan meja aku yang paling senonoh. Kalau tak, lagi teruk daripada ini
Majalah Sekolah Kempas punca segalanya!

Aku sangat tak suka situasi ini. Aku tak kisah sebenarnya untuk kerja lebih masa. Dulu, masa kat MMU, aku pernah stay sampai pukul 2 pagi untuk menyiapkan project MOE mahupun menyiapkan buku convo MMU. Anak dan suami juga aku angkut bersama... weekend pun dihabiskan di ofis. Tapi aku tak kisah sebab at the end of the day, aku tau aku akan dapat pulangan yang setimpal iaitu DUIT. Dengan penat lelah ini, aku pernah menerima duit OT sebanyak 1K lebih! Memang duit yang memberi aku motivasi untuk menyiapkan kerja. Ya, aku memang mata duitan. Dengan kehidupan sekarang ni, tipu laa kalau anda katakan "saya bekerja ni kerana tanggungjawab semata2... Jadi saya tak kisah pasal duit.."
Kadangkala aku jadi tension jugak. Sekarang ni, kerja aku tak seperti di MMU. Kerja aku bermusim. Ada musim sibuk, ada musim aku bleh goyang kaki. Tapi selalunya jarang laa dpt peluang untuk menggoyangkan kaki mahupun menggaru ketiak!
Kerja aku kini dah more to business. Setiap hari akan ada tugasan dan rekaan baru yang harus aku buat dan fikirkan. Otak aku letih. Tambah lagi aku tidak dimotivasi dengan ganjaran yang setimpal seperti DUIT.

Weekend aku kene datang untuk menyiapkan tugasan. Pernah juga 2 3 kali datang malam untuk siapkan tugasan. Tapi apa yang aku dapat hanyalah cuti ganti. Jadi bila ketidak ikhlasan bersarang di hati, mula laaa rasa tak puas hati.

Bukan apa, mungkin ada yang kata... aku ni pagi petang siang malam kt opis tapi takde sibuk2 pasal OT pun. Harus diingatkan... gaji aku di sini tak seperti dahulu...status aku adalah ibu kepada 2 orang anak dan mempunyai sebuah rumah yang harus dibayar sebanyak RM738 setiap bulan. Pendapatan isi rumah kami tak sebesar mana. Jadi sebab tu aku perlukan duit tambahan untuk menampung isi rumah kami. Tu belum lagi aku masukkan expenses diaper, nursery anak, makan pakai dan bill. Tapi sekiranya aku kerja lebih masa tapi yang aku perolehi hanya cuti ganti, aku rasa tak berbaloi. Sebab dengan cuti sedia ada yang banyak dengan kesibukan yang tidak mengizinkan aku untuk bercuti, aku rasa ganjaran cuti ganti tuh tidak berbaloi.
Nampaknya, aku perlu fikirkan alternative lain untuk kerja lebih masa yang boleh menjana kepada pendapatan sampingan. Sape ada job partime? bleh laa pass kat aku ek!

Wednesday, December 10, 2008

Lawatan Puan Keh ke Johor

Sesi fotografi sebelum keh balik. (kat tepi pokok tu laa hanjeng tuh berak!)
Sehari sblm raya haji hari tuh, kawan baik aku KEH datang ke rumah. Seronok betul dpt jumpa keh. Lepas rindu aku setelah berapa bulan dah tak jumpa. Bila aku nak ke sana, ada jer aralnya.

Terima kasih pada keh yang sudi melawat aku kat sini. Aku rasa terharu sangat jauh2 ko datang. Nanti next time kalau Rex ada keje kat JB,ko ikut laa lagi ek. Kali ni aku bawak ko berjalan plak pusing2 Johor.

Sempat gak laa keh usha taik hanjeng celaka yang datang semula berak ke rumah aku tuh.

*** Bodo punye anjing dan tuannya yang hanjeng!!! (apsal tetiba aku emo pasal anjing kat entry keh datang umah ni?)

Tuesday, December 9, 2008

Aksi berani mati

Amacam? Ada brani? hehe :P

Tuesday, December 2, 2008

Kenangan Terindah

Diam tak diam, dah setahun aku kat Johor. Ibarat sirih pulang ke ganggang. Begitulah aku. Setelah hampir 7 tahun menjadi anak rantau di bumi Selangor, akhirnya ke tanah ini jua aku kembali. Semuanya demi keluarga, demi masa depan.

Dan dalam jangkamasa setahun ni juga, aku tak sentuh software Flash. Yang suatu ketika dulu memang merupakan software yang hari2 aku hadap. Entah ingat lagi ke tak aku dengan action script. Ceh! Cam terer scripting je cakap. Padahal yang aku mahir sangat ada le yang stop, play, pause, go to, and next. Haha. Yang lain, agak2 yang kene drag and drop, aku serahkan pada Mantera tak pun Ku Nizam dengan upah cokelat sebagai ganjaran. Hehe. Mereka sukakan Choki2!

Hari2 terakhir aku kat Multimedia University sangat indah walaupun pada hakikatnya adalah hari2 penderitaan aku sebab nak meninggalkan kawan2 serta kareer yang dah aku bina hampir 7 tahun.

Sehingga saat ini, aku masih rindukan insan2 yang sangat akrab dengan aku. Yang selalu meluangkan masa dengan aku dan selalu mendengar cerita, masalah, celoteh dan loyar buruk aku.

7 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit diabadikan di sana.

Masa aku kat IBDP, kami bagaikan satu keluarga yang besar. Banyak sangat xtvt bersama. Berpicnic ke PD laa.. ke Gunung Ledang laaa.. even sedekat Taman Putrajaya pun kami pergi. Bila birthday plak, Kak Norai pasti sponsor kek yang memang enak2 belaka. Aku plak pada ketika tu merupakan chef department laa konon. Asal buat makan2, rumah aku jadi tumpuan. Siap karaoke session lagi. Hehe. Seronok. Kat sini jugak Kak Miza telah dirosakkan. Dari seorang yang nerd, kepada seorang yang HOT! Hahaha... dari zaman dia berbaju merah bertudung hijau, kini kak miza menjadi seorang IKON fesyen di MMU. Ahaks! Masa kat IBDP ni gak, Chino, staff CMED yang tercampak menjadi cam anak tiri IBDP. Hehe. Kebetulan rumah dia dekat dengan rumah aku, kami menjadi sahabat yang sangat rapat dan sering buat mesyuarat tingkap bersama.

Yes, zaman berubah. Manusia juga berubah. Dulu Kak Miza anak 2, kini kak miza bakal ada 6 orang anak!! Hehe... Cam tak kene jer kan perumapamaan aku.

Bila IBDP dan CMED di”merge”kan.. maka lahirlah department baru yang lebih ramai dan besar. Kat sini aku kenal Keh. Bunga CMED dulu. Keh merupakan salah satu manusia yang meninggalkan kesan mendalam hidup aku sepanjang aku berada di MMU. Bila Kak Miza dan Kak Norai meninggalkan IBDP, aku memang jadi sangat sedih dan kehilangan. Kehadiran Keh mengubati kehilangan itu. Hidup aku kembali berseri dan hubungan kami sangat rapat macam isi dengan kuku. Semakin hari semakin erat dan sebati. Terutamanya bila sama2 mempunyai anak dan sama2 berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Sama2 berkongsi cerita suka dan duka. Sama2 meluahkan masalah bersama. Walaupun Kak Miza dan Kak Norai dah tak sepejabat lagi, tapi kami tetap bersama dalam situasi2 lain.

Bersama CMEAD juga, aku dapat lebih ramai kawan2 sejenis. Satu demi satu pekerja kaum hawa masuk ke sini dan menjadikan kami seperti adik beradik. Melor, Wawa, Fara. Aduh, rindunya aku pada adik2 aku ni.

Dan seperti biasa, setiap kali aku terkenangkan kenangan2 aku kat sana, air mata aku ni mudah sangat nak keluar. Memang kenangan2 aku kat sane memberi kesan mendalam dalam hidup aku.

Aku bukan tak happy kat Johor. Aku happy. Aku happy bila dpt dekat dengan family. Mak pun dah tak macam dulu. Dah semakin rapat dengan aku. Aku rasa pengorbanan aku pulang ke Johor memang berbayar bila aku dpt dekat dengan keluarga. Aku juga sudah boleh menerima hakikat kehidupan aku ni di sini. Aku juga semakin happy dan senang bekerja di tempat kerja kini bersama kawan2 baru aku. Anor n Kafiyun. Mereka juga kawan yang baik seperti kawan2 aku kat sana.

Tapi bak kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang.. inikan pula tempat kita bina kerjaya, persahatan dan kehidupan selama 7 tahun kan. Sangat sangat indah bila dikenangkan. Dari bujang hingga ke anak 2. Dari badan aku kurus, hingga kembang. Kebanyakkan kenangannya diukir di sana. Macamanalah aku tak tersentuh bila terimbas semula kenangan2 ini.

Terlalu banyak yang perlu aku coretkan sekiranya satu persatu cerita nak aku huraikan. Silap2 penulis novel Sharifah Abu Salem mahupun Habibul Rahman El Shirazy untuk novel Ayat-Ayat Cinta pun bisa angkat tangan kepadaku nanti.

Biarlah aku abadikan kenangan2 terindah ini dlm hati aku sendiri. Seindah video clip yang Ku Nizam buatkan pada hari terakhir aku berada di MMU. Kenangan terindah.
Sebak, sedih dan emo.

Buat Keh, Kak Miza, Kak Norai, Ku Nizam, Chino, Kak Nita, Zura, Ain, Fara, Melor, Nora, Wawa, Anis, Kak Rita, Kak Aida, Kak Lin Laksa, Kak Shidah, Kak Ju DE, Wani, Kak Faiza, Fai, Mantera, Lela, Juan, Ku Jerol, Husin, Papa Riki, Kak Ena, Lintau, Nani, Bubs, Amin, Ayu, Adi, Pyan, Yang Oriyos, Rahim, Jamal, Rok, Kak Ju CMLC, Mazni, Lin dan semua yang aku kenali samada yang masih atau tidak bekerja di MMU lagi, terima kasih atas persahabatan yang telah dihulurkan dari dulu.....................................hingga kini.