Thursday, May 28, 2009

Tolong!!!

Boleh tak sesapa kasi aku kata2 semangat untuk buat bersenam mengempiskan perut!

Aku tension perut aku tak kempis2.. tp dalam masa yang sama.. aku malas nak sit up. Aku pinjam Uzap Osim adik aku pun.. tak konsisten pakai setiap hari.

Apa nak jadi dengan aku ni.

Sapa ada petua yang cepat dan mudah? (aku suka cara express tapi yang tak bahaya dan tak berak2.. aku serik!)

Monday, May 25, 2009

Mother's Day Special

Bersama Brader poket tebal pada hari itu. Thank you belanja mama!Haziq n Fahim dengan Atok n Mak Pah
Sempena Mother's Day hari tuh, Syed belanja kami sekeluarga dan mak dia makan2 kat Danga Bay. Thank you sooooo much.

Sambutan Hari Ibu yang ke 3. Haziq pun bulan 8 ni masuk 4 tahun. Aku berazam untuk menjadi ibu yang terbaik kepada Syed Muhammad Haziq dan Syed Fahim serta menjadi isteri yang solehah kepada Syed Syahrul Zarizi. Mudah2an dipermudahkan Allah.

Aku happy dan bahagia dengan keluarga ini. Alhamdulillah. Love u all!

Tante Keh

Keh yang berbaju merah
Icha, umah dah beso tuh, mintak ummi adik tau!

Aku ke rumah baru keh awal Mei hari tuh. Tapi disebabkan kesibukan kerja, aku takde masa nak mengupload gambo2 kat umah keh.

Keh, kawan yang banyak sangat membantu aku selama ni. Berkongsi cerita suka dan duka, sama2 pergi kerja yang mana kami gelarkan kenderaan kami sebagai Ikan (Kelisa) dan Burung (Kenari), membantu aku dalam pelbagai keadaan. Jasa ko takkan aku lupa tau!

Walaupun kitorang dah jauh kat mata, tapi hubungan kami tetap erat. Tak kisah laa walau diberada, yang penting.. ada YM.. betul tak keh? hehehe

Monday, May 18, 2009

Serasi

Aku tak tahu laa korang camne.. Tapi cam diri aku sendiri.. aku memang susah nak "berry" kat umah. Kalau 3 hari cuti, 3 hari jugak laa aku tak berry.

Tapi bila kat opis... sampai opis jer perut aku dah bergelodak. Serasi betul bahan buanganku dengan tandas kat opis. Nak kata tandas opis ni cantik n selasa, takde laaa sangat. Semenggah lagi tandas umah aku.

Nilah yang dikatakan "Sherashi Bershama". Hehehe.. Serasi tandas!


Wednesday, May 6, 2009

Keh punya pasal... aku rela ditagkan!

Hehehe... kalau orang lain yang tag aku.. memang aku dah tak jawab dah keh... tapi sebab ko keh kan... special punye.. kene jawab beb! kang keh turun JB tanak datang umah aku lagi nanti...

List 10 things/people that you love the most
#1 My Soulmate - Syed Syahrul Zarizi (Husband & Bestfriend ever!)
#2 Haziq & Fahim
#3 Mak & Ayah
#4 My Sister Idah
#5 My family IL
#6 Keh, Melor, Kak Norai & Kak Miza (Bestfriend MMU)
#7 Ambam, Eg, Enie (Bestfriend ITP)
#8 My Breastpump (even tak pakai lagi.. tapi sayang woooo. Banyak jasa!)
#9 My House
#10 My Magnetic Fridge!

Total sebenarnya lebih dari 10 ek!

List 10 things/people that you hate the most
#1 Kaki Bodek
#2 Kaki Kelentong
#3 Cakap tak serupa bikin, sembang macam palembang
#4 Talam 2 muka
#5 Orang yang kurang ajar
#6 Orang yang tak reti bahasa
#7 Orang yang syok sendiri... eeeeiii.. rimas!
#8 Orang yang suke cakap besar
#9 Orang yang kentut pastu lari
#10 Orang yang ishh... dah ler.. aku dah mula melalut tuh

List 10 thing that you like to do
#1 Masak! (aku memang suke masak dan suka tengok endut aku tu makan!)
#2 Window Shopping (kemampuan untuk bershopping dah kurang, dapat tengok2 pun jadi laa)
#3 Chatting & Surfing (aku leh sesak napas kalau time keje internet down)
#4 Cuci toilet (sebab tu toilet umah aku bleh masuk kategori bersih.. hehe)
#5 Kene urut (sedapnye!)
#6 Gurau2 ngan anak2
#7 Merayap (kepakaranku)
#8 Membelek2 majalah berangan sampai berulang2 kali pun aku tahan
#9 Korek telinga pakai pengorek besi (heaven dowh!)
#10 Apa benda semua nak 10 nihhhhh.. takde idea dah

List 5 things that you hate about your life
#1 Bila takde duit
#2 Bila tengok perutku yang semakin menebal dan meninggi
#3 Bila malas nak lipat baju (baju2 makin menggunung!)
#4 Bila kene pergi keje masa waktu hujan pagi (nak sambung tido)
#5 Bila aku naik angin ngan anak2.. time tu i really hate myself!

What would you do if you mad at someone?
Aku cakap jer aku tak puas hati kat dia... simpan dalam nanti jadi racun wooo

List 5 people that you would like to tag:
Tak payah laa... yang aku tag pun tak jawab2 lagi...

Tuesday, May 5, 2009

Libur

Aku ke KL sebab Idah, adik aku buat majlis aqiqah untuk anak keduanya, Hakimie. Kami pergi ber3 jer. Tumpang parent aku. Syed tak pergi sebab ada kerja.

So kesempatan yang ada, aku bawak anak2 naik komuter sebab anak2 aku memang Fan Thomas n Friends. Bila dapat naik keretapi, masing2 tersengeh sampai telinga. Tak jauh mana pun. Dari stesen komuter seremban sampai ke stesen UKM Bangi. Hehe. Ok laa tu kan. Kang jauh2 kang, aku plak yang tak larat plak nye.

Balik dari KL, ayah bawak kali semua ke Melaka. So ronda2 Melaka laa plak. Lama aku tak ke Melaka. Rasanya last masa gi A Famosa Resort dengan Syed n ex-officemate MMU dulu. Melaka memang dah jauh berubah.

Here's some picture during the "vacation". Hehe

Tunggu Komuter datang.
Aku, mak n kids lepas turun dari Eye on Malaysia. Aku dah gayat sebab pusing sampai 5 kali.Memaksa Haziq posing depan Eye On MalaysiaHakimie "The Aqiqah Boy"

Bekam

Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. Ianya merupakan satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan menggunakan alat vakum moden yang bersih dan suci hama.

Aku dah lama nak cuba berbekam. Cuma baru2 ni aku berkesempatan untuk berbekam masa ke KL baru2 ni. 43 cupping sume skali merangkumi seluruh badan( belakang badan, kepala, kaki dan tangan). Aku memang mengalami masalah resdung yang aku rasa teruk jugak laa... sebab tu aku hari2 selsema. Selain tu jugak kulit aku adakalanya agak sensetif. Dah bermacam produk aku cuba baik yang sapu ke.. yang makan ke... semua aku dah try. Tapi hasilnya tak seberapa.

Lepas buat bekam ni, bekas2 yang dibekam tu memang rasa sakit sikit cam rasa bila kite lebam tuh, tapi kesannya pada badan, aku terasa badan aku ringan. Banyak seyyy darah kat belakang badan aku. Itam2 darahnya.

Pada yang ada rasa nak cuba tuh.. cuba laa.. bukannya sakit pun.

Sekarang ni, belakang badan aku boleh main binggo! kesan lebam tu belum ilang. Hehe