Monday, June 22, 2009

Happy Father's Day

Happy Father's Day buat walid kepada Syed Muhammad Haziq dan Syed Fahim. Terima kasih kerana menjadi suami serta ayah yang paling loving, caring n spoting dalam dunia.

We love u sooooo much!

Happy father's day juga pada ayahanda Haji Othman bin Hassan. Segala jasa baktimu membesarkan anakandamu ini, tak akan anakanda lupakan sampai ke akhir hayat.

Wednesday, June 17, 2009

Kursus Induksi Siri 1 Sesi 2009

Nama aku naik lagi dalam senarai staf baru untuk ke Kursus Induksi pada 9-14 June 2009. Sebelum ni, seperti yang pernah aku ceritakan.. aku mintak excuse sebab masih menyusukan Fahim. So sekarang dah takde komitmen menyusu, aku pun pergi laaa dengan rasa berat hati. Aku tak pernah pisah lama2 ngan budak2 ni kecuali Haziq masa ikut mak mertua aku ke Kedah. Tu pun aku dah melalak2 sedih bila berjauhan (bila dekat nak marah jer).

Kali ni aku menangis jugak laa masa tinggalkan Fahim kat umah mak aku. Sian si debab tuh. Mujur nenek dia bawak jalan ke Pantai Timur, dari Pahang ke Kelantan sambil berkunjung ke rumah biras baru aku buat majlis sambut menantu. Jadi tak terasa sangat laa mama dia takde. Eksen plak tu bila aku call.. tanak cakap. Dah dapat jalan.. dapat toys.. lupa kat mama dia seh! Geram aku!

Sepanjang aktiviti kat sane.. memang menyeronokkan jugak laa.. tambahan outdoor activity memang kegemaran aku masa muda remaja lincah bergaya dulu. Sejak dan being a wife and a mother jer aku dah slow. Kalau tak, memang ligat!

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Nama group aku, SEMUT HITAM. Ahli kumpulan pun bleh tahan agresifnya. Masa kayak, group aku menang No. 1.

Terasa cam muda kembali bila buat aktiviti berkayak, berakit, upceiling, obstacles, flying fox, night navigation, berkawad dan jugak kene rendam dalam sungai. Hehe... memang seronok. Dulu masa wataniah, aku memang terkenal dengan gelaran hantu air sebab setiap kali kene masuk hutan yang ada sungai, memang aku laa yang paling lama berendam dlm air dengan Noni. Orang sibuk berlatih perang, aku sibuk mandi manda dengan kasut spike skali masuk dlm sungai. Sampai kecut2 jari jemari aku. Hehe.. memang kenangan betul laaa..

Bila pagi2 kene kawad mengadap matahari yang sedang naik... aku selalu berangan yang Syed ada dengan aku... konon2 tengah merendek. Hehehe.. romantik kan! Tapi berangan jer laaa..

Makanan sedap2 plak tuh... 6 kali sehari makan. Bukan makin kurus aku kat sini. Makin debab! Hitam plak tu sebab asyik berjemur jer.

Apapun, aku enjoy sangat dengan kursus ni sebab dapat kenalan baru dan dpt buat semula aktiviti2 yang dah lama aku tinggalkan. Tapi dalam masa yang sama... sangat rindukan endut dan hero2 kenit ku.

*** Aku kerja tido jer dlm kelas... hahahaha... khusyuk dan bertawaduk!

Ini ler Team Semut Hitam
Belakang dari kiri: Sulaiman Akhlakhan, Fadh, Sam & Rahman
Depan dari kiri: Fiza, Wani, Atikah & Iza
Geng Gonjeng!
Dari kiri: Midah, Aku, Zura, Rose, Shikin n Ida
Posing dulu sebelum berkayak.. hehehe (bukan main ko lay down ek rose!)
Si Fahim tengok gambo ni, dia tanya aku kenapa aku tak pakai kasut. Nampak pulak!

Posing sebelum berkayak plak
Aku tengah buang air dari kasut. Jatuh dlm kolam puaka!
Shy shy cat terima sijil dari Tuan Haji Mohd. Noh
Bergambo sebelum balik. "Bangsal yang ngadap laut ni trademark gambo kat PKPI.." kata En. Izham.
Geng2 yang sangat kamcing dengan aku masa kat PKPI.


Tuesday, June 16, 2009

Selamat Pengantin Baru Cik Pah & Amri

Ahli keluarga pengantin perempuan. Anak2 buahnye sorang pun takde dalam gambo. Kat gelanggang futsal main lari2.
Orang perempuan jer bergambo.
Pengantin bersama kakak iparnya yang gebu2 dan abangnye yang control ensem. HeheMak mertuaku bersama menantu, ipar dan birasnya.
Dari kiri: Untie Zai, Mak Su, Untie Shadah, Mak Ani, Ibu Mertuaku dan Birasku yang grago!

Monster berbaju purple bersama mak2 sedara. Apsal aku nampak seperti giant aaa?Sepupu baru ku yang bleh tahan notti nye! hehe

Adik ipar aku, Cik Pah.. telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Amri. Seronok sebab saudara mara ramai yang datang termasuklah mak-mak dan pak-pak sedara Syed dari Kedah. Derang ber"hotel" kat rumah kami.

Haziq n Fahim pun bukan main seronok masa mak pah kawen... sibuk orang kawen, derang pun sebok gak kat luar dewan tuh. Ntah apa keje ntah... masuk gelanggang futsal laaa.. masuk longkang laaa...

Habis majlis... lepak terus budak2 tu... si fahim tengah2 makan.. sampai terlelap dengan telur2 dalam mulut.. lepak sangat laa tuh...

Apapun... Kak Fadh ucapkan Selamat Pengantin Baru pada CikPah n Amrie... selamat melayari alam rumahtangga... moga bahagia hingga ke akhir hayat.