Wednesday, April 20, 2016

Hari ini 20 April 2016

Ye.. dah berkurun aku stop bercerita kat blog ni. Mungkin sebab dah ada Facebook.. semuanya dah beralih ke situ. Last2, blog aku terbengkalai camtu jer. Kalau rumah, dah usang dan berpenunggu agaknya.

Haaa.. tengok gambo. Dah anak 4 baru nak update. Hehe. Pada ketika ini, Syed Ali dah 3 tahun sebulan. Mak aiii.. almost 4 tahun rupanya. Baru aku perasan.

Sayang pulak rasanya tak mengabadikan cerita apa yang telah berlaku sepanjang waktu memeram aku ni. Cerita pasal kehidupan, cerita pasal anak anak. Aiissshhh.... Menyesalnye!!

Try laa nanti mana yang masih dlm ingatan tu, boleh laa flashback smula. Kene korek balik album, kene refer balik posting2 kat facebook tuh untuk peristiwa2 yang telah berlalu tuh. Moga istiqomah Fadhilah!

Tuesday, June 19, 2012

Sepanjang Setahun Sembilan Bulan Yang Lalu

Macam2 yang berlaku sepanjang 2011 dan pertengahan tahun 2012 nih.

Penghujung 2010, aku dikurniakan cahayamata perempuan yang sangat aku harapkan. Alhamdulillah. Allah perkenankan permintaanku. Itulah dia Syarifah Aisyah. Cinta hati aku yang kini dah masuk setahun 7 bulan. Keletah, garang... sangat membahagiakan. Aku plak dah jatuh ranking sebab Syed pun dah ada buah ati baru. Nyampah :P

Tahun 2011 lak, Syed dapat offer jadi cikgu. Cikgu English. Bini nye lak.. Oh! My Englishhhhhhhhhhhh! ahahaha. Mengajar kat Sekolah Menengah Kota Masai.Oleh kerana lama sangat tinggalkan blog ni.. banyak benda yang aku dah lupa pada tahun 2011 tuh. Antara yang aku ingat, anak aku Fahim, dpt anugerah pelajar cemerlang untuk 4 tahun. Alhamdulillah. Moga Allah iringi kehidupan kesemua anak2ku iaitu Syed Muhammad Haziq, Syed Fahim dan Syarifah Aisyah dengan kejayaan, kecemerlangan dan keberkatan dari Allah.

Untuk tahun ni pula, peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku adalah aku dan keluarga telah berpindah ke UTM. Aku sangat2 letih berulang dr UTM - Seri Alam. Tak daya aku. Tambahan pula, Haziq dah masuk sekolah betul. Dah darjah 1. Aku kene monitor belajar dia. Selagi aku duduk Seri Alam, selagi tu laa aku akan pulang dengan keletihan. Jadinya, aku apply jadi Felo dan kini, aku adalah Felo kat KTF. Aku enjoy jadi Felo. Banyak aktiviti pelajar yang aku dpt joint. Anak2 aku pun suka tinggal sini. Opis pun dekat. Syed pun dah dpt tukar sekolah area sini. Takde laa jauh berulang.

Ish... nampak sangat aku ni macam desperado sangat untuk buat come back ek. Padahal ntah pa pe aku rumuskan ni. Ahhh.. lantak laa... blog aku! :P

Actually aku tengah tepu nih. Keje tengah takde. Dr pagi sampai ke petang berFB pun bosan gak. Tu yang update blog tuh. Ehehehe.. Apa2 jer laa ek! Kire halal.

Nanti sambung lagi. Nak cite pasal anak dara ku yang sorang tuh

Tuesday, June 12, 2012

Mencari kekuatan

Rupanya... last entry masa aku ngandung dulu... now aisyah dah setahun 7.. giler lamaaaaaa.... sibuk sangatkah aku sejak ada anak kecik ni...

Aku akan kembali.. aku akan kembali beraksi...

Saturday, October 16, 2010

Counting The Day

Bila laa nak beranak nih.. aku dah tak daya dah nak bawak perut ni... doakan dipermudahkan serta diberik kesihatan yang baik pada saya n baby ekkk...

Wednesday, September 8, 2010

Cerita Kehamilan



Dah lama gile aku tak update blog ni.. bukan stakat dah bersawang... abis segala serangga dan berumahtangga kat dlm blog ni aku rasa. Sejak kemunculan Facebook, aku akui agak malas nak mengupdate ditambah pula dengan kekangan masa dengan tugas2 harian.


Hari ni.. dah 32 minggu dah kandungan dlm perut ku ni. Insya-Allah kalau diizinkan Allah, pompuan. Hatiku sudah berbunga2. 2 kali scan tak nampak, scan kali ke 3 pada 31 minggu yang lepas... nampak hamburger nye. Hehe. Alhamdulillah. Aku tak kisah sangat sebenonya lelaki ke pompuan, yang lebih penting.. sihat. Kalau lelaki lagi, beranak laaa lagi.. ehehehe.

Macam2 pulak pregnancy aku kali ni. Kene minum glukos laaa.. kene amik darah sebab kandungan gula tinggi laaa.. tak pasal2 kene buang puasa 2 hari.. dah ler 2 hari sblm tu sebab demam n tak bangun sahur.. so 4 hari laa jumlah keseluruhan aku buang puasa.

Tapi yang aku pasan pada pregnancy kali ni, aku cam suke bermakeup sket.. pastu idung aku tak sekembang dan sesembab macam ngandung Haziq n Fahim. Naluri aku sblm ni memang terdetik maybe gurl kot, tapi bila scan tak nampak n doktor cakap tak leh comfirmkan pompuan, jadi aku cam was2 sket. Tapi dlm masa yang sama... aku beli gak sket2 baju2 baby gurl. Hehehe.. tu namanye kemaruk.

Haziq n Fahim pun look very excited nak dpt adik. Rajin bersembang laa ngan adik dia. Sibuk berangan nak buat susu adik laa. Nak2 bila aku beli baju baby, derang yang sibuk pegang konon nak jaga. Jangan adik dah lahir pastu tak sayang adik sudah. Memang aku sesah! hehe


Cuma yang aku risaukan, kepala baby still tak turun lagi ni. Kalau boleh, aku nak bersalin normal laa... harap Allah perkenankan. Dan kali ni, aku berazam untuk menyusukan anak secara exclusive untuk 6 bulan pertama. Harap dipermudahkan dan diberikan susu yang banyak. Insya-Allah.

Kini, hanya menunggu saat untuk melahirkan permata hati yang ke3 ni. Moga diberi kemudahan dan kesihatan yang baik dariNya. Amin.


Monday, April 12, 2010

3rd product

Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki dari Allah... our new product will be produce on this comin November. Doakan selamat semua nye ek

Small Gathering with My BFF

@ meisan restaurant, the mommies n kids (sian fahim kene tinggal)gaya ganas bersama ketua kongsi gelap cawangan pulai perdanaposing ayu plak... eheheall of us: from left: su, enie, diba, cha'a and who else if not me... hihik!tektik untuk kelihatan kurus di dalam gambar.. kekekeke

feminin wanna be..
again... feminin wanna be
the kids also lol... posing best punye atas pokok!
jeles siot tak leh nak jumping cam ni
wahaha... like mother.. like son n daughter!
rombongan ke taman istana
the kids

love our friendshipcover album "bintang kenet"

Uishh... lama betul aku tak mengupdate FB aku... last entry masa chinese new year hari tuh.... banyak benda menarik berlaku.. but i'm too busy to update this blog....

tapi yang ni... aku mesti update cepat.. sebab aku rasa... this is the most enjoyable moment with my BFF setakat bulan april 2010 ni...

aku n cha'a... bestfriend masa sekolah rendah kat SRKK 2 dulu... but then.. she's move to JB... hubungan jadi renggang... memula tuh.. ada gak laa main tulis2 surat.. pastu senyap.. dulu mana ada email or other social network nih... then bila futher study... aku jumpa enie... get closed with her masa dah nak abis study masa tuh.. until this day... we still close! yang best nye.. cha'a ngan enie pun bestfriend masa sekolah menengah... manakala su plak.. sedara dengan aku dan sepupu dengan cha'a. Diba plak... bestfriend cha'a masa kat college... pusing2... tak ke mana pun hubungan ni...

yang menjadikan kami rapat... ialah laman web social paling popular masa kini... Facebook... kalau salah sorang tak online... ishhh.. tepunye aku rasa kehidupan nih... hehe

pada 10 April 2010... satu gathering kecil telah diadakan... bertempat di Meisan Restaurant, Mutiara Hotel. Su jadi tokey besar telah berbesar hati belanja lunch kami pada hari tuh. Selepas abis sessi makan2... kitorang ke taman istana plak untuk menikmati bread pudding cha'a... acara sampingan mestilah sesi fotografi...

aku memang sangat enjoy during that day.. bayangkan dah berapa tahun tak memanjat pokok... hari sabtu lepas terbayar sudah gianku... tapi memandangkan aku sedang berbadan 2.. tak dapat lah aku nak terlenting2 seperti kawan2 yang lain.. haziq pun enjoy dengan kawan2 sebaya dia...

harap2 lepas ni ada lagi xtvt camni...

so... here's the pic special pose from mom and kids

Sunday, February 14, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Raya cina punye pasal... beratus2 kawan aku dalam FB.. semua OFFLINE! giler aaahhh

Thursday, February 11, 2010

Kumpulan Innovasi Kreatif

The presenter
Again.. the presenter
the tukang tekan enter.. hehe.. jaga slide
The winner
The award
the....ermmm.. mother je lah

Ni benda baru sepanjang melibatkan diri dalam dunia pekerjaan. Dulu masa kat MMU dan YPJ, takde plak KIK laa.. Innovasi laa.

Pada yang tak tahu KIK tu apa... ni penjelasan ringkasnye. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah satu kumpulan kecil pekerja dari tempat kerja yang sama atau bersifat silang fungsi berkumpul secara sukarela untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan seterusnya mencadangkan penyelesaian dan melaksanakan kepada masalah tersebut.

Aku ditarik masuk ke dalam kumpulan E-Tap. Yang mengambil sistem latihan mengajar yang kurang efisyen sebagai tajuk. Dan alhamdulillah, kumpulan E-Tap muncul sebagai juara peringkat UTM. Suko makcik. Orang baru laa katekan.. semangat lebey sket laaa.

Penat memang penat, kadang kene stay sampai malam, tapi yang penting aku seronok sebab dpt menambahkan pengetahuan dan merapatkan hubungan persahabatan.

Wonder 6 (4 =2)

Mitra sedang mengoffer pada pejal n haizad saham 3 juta.
Haizad sedang membuat pertimbangan.
Pagi gi bertanding KIK. petang bedal sandwich n icecream kat tepi tasik

2 ahli tambahan yang tidak rasmi

Ni geng group aku masa induksi. Tapi yang best nye... group kitorang close walaupun dah abis induksi. Dari sesi ngeteh sampai laa ke sesi dinner bersama. Seronok. Moga ikatan persahatan ni akan terus berkekalan sampai kite tua.

Syed cakap..mana ada orang tanam pokok pisang depan umah

Pokok Pisang Serendah kesayangan aku. Hehe.. (The soft part of me)
Yang keding2 panjang ni pun aku suke gak.. jenis pokok air yang tak betapa berair..hehe..

Tada.. lihatlah jantungku.. kata pokok! Gambo diambil ketika aku nak ke opis. Kuar kol 6.45.. tu yang gelap lagi...
Indahnya ciptaan Allah

Ahhh... aku bukan tanam pokok pisang biasa. aku tanam pokok pisang serendah. Yang jantungnye pink naik ke atas. Bukan senang nak jumpa pokok pisang ni. Ni pun aku mintak pada orang YPJ masa keje kat Kolej Komuniti dulu.

Setelah berbulan2 pokok pisang aku diperkotak katikkan oleh Syed, akhirnya jantungnya keluar juga. Dari 2 pokok. sekarang dah biak jadi 6 pokok.. dan akan membiak lagi nanti tuh... Hidung aku terkembang bangga dan hatiku juga berbunga2.. indahnya ciptaan Tuhan.

Kisah Anak

Kisah 1
=====
Fahim sibuk nak ke Tesco, aku pun bawak laa dia ke sana. Mungkin sangat gembira mamanya nak bawak ke Tesco, dia pun melahirkan rasa gumbiranya dengan ayat di bawah.

Fahim: Mama, mama memang mama yang baik. Nanti mama mati, Fahim bacakan mama doa ekkk..."

Aku: Gulp!!

Kisah 2
=====
Adakalanya, Fahim akan offer tak payah hantar dia ke depan pintu nursery, hanya turunkan dia di parking dan kemudiannya dia akan jalan sendiri menaiki tangga terus ke taska. Jaraknya tak jauh mana pun, tapi cukup untuk menunjukkan yang dia sudah mula berdikari.

Tapi satu hari tuh, aku dah terlewat ke pejabat dan aku perlu cepat. Aku cakap pada Fahim, boleh tak dia jalan sendiri sebab mama dah lambat. Mungkin mood dia tak ok hari ni, dia minta aku hantar dia sampai ke muka pintu. Aku pujuk lagi dan dia tanak juga. Last2.. dia kuarkan statement yang membuatkan aku kene hantar dia ke depan pintu.

Fahim: Abis tuh.. kalau mama tanak hantar Fahim.. kalau ada kete langgar Fahim macamane?

Terpaksa laa aku hantar gak walaupun aku tau tak ada kete kat situ. Psycho betul!



Tuesday, December 22, 2009

Tips Elakkan Diri Daripada Salesman / Salesgirl Yang Datang Rumah

Korang suka tak melayan salesman or salesgirl yang datang jual product kat umah?

Kalau tanya pada aku... aku memang tak suka atau lebih tepatnya.. aku malas nak layan. Sebab adakalanya mereka yang dalam dunia pekerjaan ni, kalau kita dah beri peluang pada dia untuk cerita pasal product yang dia bawa...memang paling kurang, 5 minit laa kene tadah telinga dengar explaination dia.

Dah macam2 cara aku gunakan untuk elakkan diri dari melayan mereka2 ni. Tapi selalunya.. mereka2 ni memang hati kering.Tak mudah mengalah. Nak halau tak sampai ati. Suruh pergi dengan cara berhemah, dia buat tak reti plak.

Satu hari, ada satu peristiwa yang beri pengajaran yang sangat berkesan pada aku untuk menangani mereka2 ini. Masa tuh, aku sedang menyidai baju dengan berseluar bermuda dan bert-shirt biasa. Masa aku nak sidai baju tuh, aku ternampak but ala2 orang jual ikan kat pasar yang paras lutut tu kat tempat kasut. Oleh kerana keinginan untuk mencuba pakai kasut but tuh, aku pun pakai laa sambil menyidai baju.

Tiba2 ada cina datang.

Cina: Adik, panggil lu punya tuan?
Aku: Tuan? Ha... jap!

Aku pun panggil mak aku. Bila dia dengar aku panggil mak, dia cakap laa sorry sebab ingatkan aku maid umah ni. Sungguh cam haram statement tuh. Ada ke patut muka aku yang ala2 pan asia ni dia cakap maid! Buta sungguh!

Tapi sejak peristiwa tu, aku dapat satu idea yang memang aku amalkan sehingga sekarang dan terbukti keberkesanannya.

Bila je ada salesman/salesgirl datang umah, aku akan cakap macam ni.

"Waduh... maaf pak, tuan saya enggak ada di rumah. Saya enggak tahu apa-apa!"...

Kebanyakan salesman /salesgirl hanya akan cakap ooOoo dan terus pergi. Mudah kan. Bila dia ingat kite orang gaji, buat apa dia nak cerita banyak. Kompem laa tak tau apa!

Tapi part yang tak best nye... aku akan terasa sendiri... "cilakak... muka aku ni ada muka orang gaji ker? senang naa dia percaya!"....

Monday, December 21, 2009

When walid working on Saturday.

This is how i managed my kids when their father busy or not at home. Unofficial Art Class. They can concerntrate with this activity for hour! Easy huh! Sempat laa siap vacum n mop umah!





The happy kids!Haziq is drawing an elephant

Kursus Induksi UTM

Posing ala2 indi band. Hehehe.. kumpulan WONDER 6
Dari kiri: Mitra (FKE), Kak Lela (FKE), Haizad a.k.a Kering Forza (F lupa!), Faizal (BPPO), Tuan Haji Zainal (Fasilitator), aku laa yang kembang tu! and last is Izan (CEPP)
Kaum hawa Wonder 6!
Masa dlm dewan kuliah
Posing poyo depan sudut innovasi.
Sesi bergambar beramai-ramai untuk peserta Kursus Induksi Siri 2/2009.

Tahun 2009, 2 kali aku ke kursus induksi.

Kalau dulu di Sengkakap, Mersing, kali ni hanya dalam kampus UTM je. Lain-lain firma, lain-lain kursus dan lain2 intipatinya.

Kali ni nak bercerita tentang kursus Induksi di UTM pulak. Kursus Induksi untuk jabatan kerajaan ini sangat berbeza dengan kursus yang aku ikuti sewaktu di KPYPJ. Banyak pengisian yang lebih ilmiah yang lebih cenderong kepada pengisian mengenai kenegaraan serta info2 mengenai tugasan sebagai seorang kakitangan kerajaan.

Aku pelajari semula sejarah tingkatan 4 or 5 dulu yang mana ia merupakan subjek yang sangat aku menyampah! Tapi memandangkan penceramah bijak mengambil perhatian peserta, topik2 berkenaan dengan Dasar dan Pekeliling menjadi agak menarik! Cumanya, banyak sangat kerja yang kene buat laa. Kene buat assigment individual lain, yang group lain. Yang kene present lain, public speaking lagi, sudut innivasi dan jugak persembahan kebudayaan. Memang aku rasa 3 minggu yang sangat tegang!!!

Overall aku enjoy jugak laa walau kadang2 aku rasa penat gile macam nak pengsan. 3 minggu beb dapur umah aku tak berasap. Paling best dapat meramaikan kenalan dari fakulti dan jabatan lain. Kalau tak... yang aku kenal hanyalah orang2 kat Fakulti Pendidikan dan sorang orang Fakulti Kejuruteraan Awam. Tu pun kenal sebab laki Cha'a. hehe

Sepanjang kursus ni, aku sangat berterima kasih pada endutku yang sangat memahami. Tolong kemaskan umah. Siapkan makanan... jagakan anak2 bila aku letih dan bz. Time kasih manyak2 ek!

When I'm Turn to 30

Peristiwa 1
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sambutan harijadi aku sederhana saja. Makan2 di Secret Recipe bersama Syed dan anak2 kesayangan aku, Haziq n Fahim. Terima kasih pada Syed sebab belanja makan dan menghadiahkan aku jam tangan Casio. Jadi bila aku tengok jam, aku pun akan teringatkan endut aku ni laa gitu. Kalau tak tengok jam, lupa semula. Hehe.. memain jer...

Bersama endut yang open table

Bersama hero2 kesayangan ku (haziq yang nak posing ultraman tapi tak jadi)

Lazat hingga menggaru kepala

Budak ni kalau part makan memang terer!


my favourite cake ever! nyummmmyyy

Peristiwa 2
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah dekat sebulan dah aku berusia 30 tahun. Baru ada kesempatan untuk update blog. Memandangkan dah berkurun jugak tak mengarang ayat... aku macam ketiadaan idea untuk menulis. Mungkinkah ini kesan pertambahan usia ku yang dah bertukar ke angka 3 depannye tu? ahhhh.. dah 30 dah umur aku... cepat betul masa berlalu.

Aku belek2 rambut kat cermin. Uban juga sudah mula memutihkan rambut2 hitam ku. Aku selak ke kiri jumpa selai... selak ke kanan.. jumpa selai lagi... makin aku selak... makin banyak helaian uban aku jumpa sampai 5 helai. Lagi petanda yang aku sudah tua.

Tapi benda2 tu aku ok lagi...

Paling membengkakkan hati aku... sewaktu syed menemani aku ke UTM masa kursus induksi hari tuh.

Peristiwa berlaku masa hari exam induksi.

Rozzeta: Fadh, yang datang masa buat sudut innovasi tu adik awak ke?

wehhhh... nampak tua sangat ker aku ni! kecik ati aku tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!