Hari tuh, ada perjumpaan bulanan dengan Naib Canselor UTM. Dr. Zaini bin Ujang. Dia baru menerima Anugerah Merdeka baru2 ni.
Dalam ucapan beliau, ada satu quote yang terkesan dlm hati aku. Dr. Zaini cerita, dalam satu temubual dengan reporter NST... dia cakap yang dia tak pernah dapat no. 1. Tak kira laa masa exam sekolah rendah ker.. menengah ker... even kat university ker... memang dia tak pernah dpt no. 1. Pertandingan pun camtu. Tapi sifat humble, keinginan untuk belajar dan redha tu laa yang meletakkan dimana dirinya sekarang. Dan yakin kalau kita banyak membantu, Allah akan bantu kita lebih drpd tuh. Ramai orang yang berjaya adalah kerana mereka banyak membantu. Dan yakin akan rezeki itu datangnya dari Allah.
Aku terkesan dengan ayat2 dia. As a mother, kadang aku ada mendesak haziq untuk belajar. Aku nak dia jadi no. 1. Aku nak dia dpt tempat teratas. Aku rasa semua ibu punya harapan yang sama.
Tapi bila pk2 semula, aku sendiri pun belajar tak kemana. Aku tak belajar pun masa SPM. Sebab tu SPM aku 2! Aku tak struggle pun masa diploma, sebab tu pointer aku 4.2.. terlebih 2... pandai sangat! Even aku pernah dpt no. 1, tapi aku rasa tu sebab nasib kot.
Tapi, sebagai manusia, kite harus yakin dengan qada' dan qadar Allah. Betul kata Dr. Zaini, No. 1 tak penting. Kejayaan dan rezeki tu bukan datang dari no berapa kita periksa, no. bape ranking kite. Yang penting sentiasa berusaha. Bukan no. 1 penentu rezeki kite. Sebab ada diantara kawan aku yang selalu dpt tempat yang best masa belajar, tp bila masuk alam kerjaya, lain kisah ceritanya. Ini semua kerja Allah, Dia yang bagi kita rezeki.
Aku akan tukar persepsi aku pada anak2 aku. Tak peksa no. 1 takpe, tak dpt ranking teratas takpe, yang penting usaha yang berterusan. Ibu mana tak mahu yang terbaik untuk anaknya......