Tuesday, December 22, 2009

Tips Elakkan Diri Daripada Salesman / Salesgirl Yang Datang Rumah

Korang suka tak melayan salesman or salesgirl yang datang jual product kat umah?

Kalau tanya pada aku... aku memang tak suka atau lebih tepatnya.. aku malas nak layan. Sebab adakalanya mereka yang dalam dunia pekerjaan ni, kalau kita dah beri peluang pada dia untuk cerita pasal product yang dia bawa...memang paling kurang, 5 minit laa kene tadah telinga dengar explaination dia.

Dah macam2 cara aku gunakan untuk elakkan diri dari melayan mereka2 ni. Tapi selalunya.. mereka2 ni memang hati kering.Tak mudah mengalah. Nak halau tak sampai ati. Suruh pergi dengan cara berhemah, dia buat tak reti plak.

Satu hari, ada satu peristiwa yang beri pengajaran yang sangat berkesan pada aku untuk menangani mereka2 ini. Masa tuh, aku sedang menyidai baju dengan berseluar bermuda dan bert-shirt biasa. Masa aku nak sidai baju tuh, aku ternampak but ala2 orang jual ikan kat pasar yang paras lutut tu kat tempat kasut. Oleh kerana keinginan untuk mencuba pakai kasut but tuh, aku pun pakai laa sambil menyidai baju.

Tiba2 ada cina datang.

Cina: Adik, panggil lu punya tuan?
Aku: Tuan? Ha... jap!

Aku pun panggil mak aku. Bila dia dengar aku panggil mak, dia cakap laa sorry sebab ingatkan aku maid umah ni. Sungguh cam haram statement tuh. Ada ke patut muka aku yang ala2 pan asia ni dia cakap maid! Buta sungguh!

Tapi sejak peristiwa tu, aku dapat satu idea yang memang aku amalkan sehingga sekarang dan terbukti keberkesanannya.

Bila je ada salesman/salesgirl datang umah, aku akan cakap macam ni.

"Waduh... maaf pak, tuan saya enggak ada di rumah. Saya enggak tahu apa-apa!"...

Kebanyakan salesman /salesgirl hanya akan cakap ooOoo dan terus pergi. Mudah kan. Bila dia ingat kite orang gaji, buat apa dia nak cerita banyak. Kompem laa tak tau apa!

Tapi part yang tak best nye... aku akan terasa sendiri... "cilakak... muka aku ni ada muka orang gaji ker? senang naa dia percaya!"....

Monday, December 21, 2009

When walid working on Saturday.

This is how i managed my kids when their father busy or not at home. Unofficial Art Class. They can concerntrate with this activity for hour! Easy huh! Sempat laa siap vacum n mop umah!





The happy kids!Haziq is drawing an elephant

Kursus Induksi UTM

Posing ala2 indi band. Hehehe.. kumpulan WONDER 6
Dari kiri: Mitra (FKE), Kak Lela (FKE), Haizad a.k.a Kering Forza (F lupa!), Faizal (BPPO), Tuan Haji Zainal (Fasilitator), aku laa yang kembang tu! and last is Izan (CEPP)
Kaum hawa Wonder 6!
Masa dlm dewan kuliah
Posing poyo depan sudut innovasi.
Sesi bergambar beramai-ramai untuk peserta Kursus Induksi Siri 2/2009.

Tahun 2009, 2 kali aku ke kursus induksi.

Kalau dulu di Sengkakap, Mersing, kali ni hanya dalam kampus UTM je. Lain-lain firma, lain-lain kursus dan lain2 intipatinya.

Kali ni nak bercerita tentang kursus Induksi di UTM pulak. Kursus Induksi untuk jabatan kerajaan ini sangat berbeza dengan kursus yang aku ikuti sewaktu di KPYPJ. Banyak pengisian yang lebih ilmiah yang lebih cenderong kepada pengisian mengenai kenegaraan serta info2 mengenai tugasan sebagai seorang kakitangan kerajaan.

Aku pelajari semula sejarah tingkatan 4 or 5 dulu yang mana ia merupakan subjek yang sangat aku menyampah! Tapi memandangkan penceramah bijak mengambil perhatian peserta, topik2 berkenaan dengan Dasar dan Pekeliling menjadi agak menarik! Cumanya, banyak sangat kerja yang kene buat laa. Kene buat assigment individual lain, yang group lain. Yang kene present lain, public speaking lagi, sudut innivasi dan jugak persembahan kebudayaan. Memang aku rasa 3 minggu yang sangat tegang!!!

Overall aku enjoy jugak laa walau kadang2 aku rasa penat gile macam nak pengsan. 3 minggu beb dapur umah aku tak berasap. Paling best dapat meramaikan kenalan dari fakulti dan jabatan lain. Kalau tak... yang aku kenal hanyalah orang2 kat Fakulti Pendidikan dan sorang orang Fakulti Kejuruteraan Awam. Tu pun kenal sebab laki Cha'a. hehe

Sepanjang kursus ni, aku sangat berterima kasih pada endutku yang sangat memahami. Tolong kemaskan umah. Siapkan makanan... jagakan anak2 bila aku letih dan bz. Time kasih manyak2 ek!

When I'm Turn to 30

Peristiwa 1
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sambutan harijadi aku sederhana saja. Makan2 di Secret Recipe bersama Syed dan anak2 kesayangan aku, Haziq n Fahim. Terima kasih pada Syed sebab belanja makan dan menghadiahkan aku jam tangan Casio. Jadi bila aku tengok jam, aku pun akan teringatkan endut aku ni laa gitu. Kalau tak tengok jam, lupa semula. Hehe.. memain jer...

Bersama endut yang open table

Bersama hero2 kesayangan ku (haziq yang nak posing ultraman tapi tak jadi)

Lazat hingga menggaru kepala

Budak ni kalau part makan memang terer!


my favourite cake ever! nyummmmyyy

Peristiwa 2
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah dekat sebulan dah aku berusia 30 tahun. Baru ada kesempatan untuk update blog. Memandangkan dah berkurun jugak tak mengarang ayat... aku macam ketiadaan idea untuk menulis. Mungkinkah ini kesan pertambahan usia ku yang dah bertukar ke angka 3 depannye tu? ahhhh.. dah 30 dah umur aku... cepat betul masa berlalu.

Aku belek2 rambut kat cermin. Uban juga sudah mula memutihkan rambut2 hitam ku. Aku selak ke kiri jumpa selai... selak ke kanan.. jumpa selai lagi... makin aku selak... makin banyak helaian uban aku jumpa sampai 5 helai. Lagi petanda yang aku sudah tua.

Tapi benda2 tu aku ok lagi...

Paling membengkakkan hati aku... sewaktu syed menemani aku ke UTM masa kursus induksi hari tuh.

Peristiwa berlaku masa hari exam induksi.

Rozzeta: Fadh, yang datang masa buat sudut innovasi tu adik awak ke?

wehhhh... nampak tua sangat ker aku ni! kecik ati aku tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, December 19, 2009

KELULUSAN PHD DARI UNIVERSITI MELAYU MALAYSIA

Tertarik untuk berkongsi bersama pasal PHD dari Universiti Melayu Malaysia. Ambil dr blog seorang rakan.

10 tanda orang yang memegang kelulusan PHD (Perasaan Hasad Dengki):

DIA AKAN MERASA SAKIT HATI DAN KECEWA APABILA:-
1. ada orang lain yang memiliki sesuatu yang lebih baik.
2. mendengar kejayaan orang lain.
3. orang lain mendapat sesuatu yang dia sendiri ingin miliki.
4. ada orang lain mendapat pujian.
5. ada orang lain merasa gembira.

DIA AKAN CUBA:-
6. mencari kelemahan orang lain.
7. mencari kesalahan orang lain.
8. menyakitkan orang lain.
9. menyebarkan berita buruk tentang orang lain.
10. memfitnah orang lain.

Jangan sampai kita memegang PHD ni. Dan hati-hati dengan orang2 PHD yang berada disekeliling kite.

Ni blog ker sarang labah-labah?

Lama gile aku tak update blog! just nak lepaskan gian jer thread nih....

Tuesday, October 27, 2009

Sehati berdansa

Mak tengok sehati berdansa.... anak pulak naik sheikh!
video

Friday, October 23, 2009

Hari Keluarga Fakulti Pendidikan

Acara membina balloon tower
Haziq n Fahim berkenalan dengan kawan2
Aktiviti paling banyak iaitu berendam
Aktiviti kedua banyak.. posing!

17-18 Oct lepas, tempat kerja aku telah mengunjurkan Hari Keluarga yang bertempat di Tanjong Puteri Resort di Pasir Gudang.

Memandangkan selama aku berkerja, aku tak pernah joint aktiviti keluarga seramai ni, jadi aku rasa sangat seronok.

Sayangnya, aku terlibat sebagai AJK dan MC pada Makan Malam Gemilang tu. Jadi banyak masa sepatutnya bersama keluarga tapi tak dpt luangkan masa dengan hubby dan anak2. Tapi sempat laa jugak masuk game poney tail dengan bawak bola kepit. No 1 beb group aku dalam acara bola kepit tuh. Power jugak kepitan group aku membawa bola celah ketiak dan celah kelengkang. Hahaha

Tapi aku berterima kasih sangat2 pada endut aku tuh sebab dia laa yang menjaga dan melayan Haziq ngan Fahim yang melasak tuh.

Tapi part yang paling enjoy adalah masa mandi2. Seronok betul. Tambah plak dah lama tak ke swimming pool. So, dapat le aku lepas gian skali. Konon2 melayan anak bermandi manda.

Tahun depan kemana pulak laa agaknye venua untuk Hari Keluarga. Tak sabar nak joint lagi!

Thursday, October 22, 2009

Kempen Amalan 5S

Salah satu kempen dalam kerja kerajaan ni adalah AMALAN 5S. Mulanye aku pun tak tau... pebenda laa 5S tuh. Rupanya, 5s tu bertujuasn untuk meningkatkan komitmen dan kualiti kerja staf melalui persekitaran yang sistematik.

Contohnye laa macam dalam drawer. Masa aku baru2 masuk, aku diberikan satu bekas yang ada banyak compartment dlm nye. Pastu ada satu pelan untuk letak gunting kat mana, pensil kat mana, stapler kat mana. Dlm ati aku... giler organized! So bila ditugaskan untuk buat design2 5s ni, baru aku nampak gambaran.

Untuk audit 5S kali ni, opis aku dpt no 1. Hasil kerjasama dengan kawan2 seopis yang lain. Berbaloi gak laaa aku rasa sebab sampai kene balik kol 8 malam! Sian Haziq n Fahim terpaksa tumpang umah cikgu dia.

Inilah rupa pejabat PSM Fakulti Pendidikan selepas di 5S kan.
Trofi kemenangan (siap bintang2 nko!). Sijil mana ntah... malas nak carik
Sususan file dengan rekaan eksklusif oleh aku laa konon. hahaha
Pejabat PSM
Antara angle2 yang molek sket aaa
Dalam laci aku. Soso burger king tak seharusnya di situ. Dah melanggar etika 5S.

Suasana tersusun hanya pada pagi hari Audit sahaja. Lepas tengahari jadi 2S jer. Sepah dan semak semula. Hahaha. Ni laa namanya... hangat2 taik fahim!

Thursday, October 8, 2009

Pujian Untuk Mama

Jam menunjukkan pukul 10 lebih malam. Fahim sudah hanyut dibuat mimpi. Syed pula sibuk dengan laptopnye. Haziq kebosanan sebab keseorangan melayan matanya yang semakin layu.

Aku di dapur membuat trifle untuk jamuan hari raya taska Haziq dan Fahim.Tiba-tiba... Haziq datang ke dapur bertanyakan apa yang sedang aku lakukan.

Haziq: Mama buat apa?
Aku: Buat kuih untuk school haziq laaa. Nape?
Haziq: Oooo... (memerhatikan aku mengacau kastard)

Haziq: Nak tengok TV lah. (terus berjalan ke depan kemudian patah balik semula ke dapur)

Haziq: I love u mama, good night.
Aku: I love u too. Meh kiss dulu (aku cium n peluk dia suruh pergi depan. Haziq ke depan semula, tapi patah balik ke dapur lagi)

Haziq: Mama, mama cantik.
Aku: TQ sayang (kembang jubo)

***Jalan sikit dan patah balik beberapa kali untuk kata2 pujian pada mamanya)

Haziq: Mama, mama kurus.
Aku: Hehehe.. Haziq pun kurus. (kembang idung plak)

Ulang ***

Haziq: Mama, mama babi.
Aku: Hah???? (terkejut seh... ni maki aku ke apa. Kuncup semua yang kembang tadi)
Haziq: Mama babi.... patung babi tuh
Aku: Patung barbie ker? (nak comfirmkan maki ke puji)
Haziq: Patung yang girl tu laaa
Aku: oOOoo.... dah.. gi tido laaa.. nanti esok susah nak bangun. (sebenonya aku takut benda2 lain plak keluar)

Sebelum dia tido... dia datang lagi skali kat aku...

Haziq: Mama, mama macam bidadari

Ekekeke.. baru laa aku lega. Memang sah laa dia nak puji sebenonye.,.. tapi sebutan tuh.. tertinggal huruf R tuh...

Hai laaa anakkkk

Tuesday, October 6, 2009

1 Malaysia

Fahim mengusha lilin. Sibuk nak bakar gak!
Menjinjing tanglong dengan gumbira. Aku pun syok jugak sebenonye. Tak pernah main!
Mak-mak biasa laa.. asyik nak amik gambo anak jer manjang.
Tanglong2 yang digantung.

Jumaat hari tuh, jiran2 aku yang berbangsa Cina datang beraya. Aku cuma sempat menghidangkan kari ayam yang dimakan cicah ngan roti perancis. Memandangkan ada tu cina kelantan, cina kedah... aku tengok pandai jugak laa derang makan cicah2 ni.

Lepas berhari raya kat rumah aku, derang ajak plak ke rumah Kak Ami (cina corner lot) untuk main tanglung. Macam menarik. Jadi aku pun buat lawatan balas pulak ke rumah dia.

Anak2 aku dan anak2 jiran dah macam ayam dan itik bila bercakap. Ntah apa yang derang ckp.. tetiba gelak sama2. Aku pun tak paham.

Semoga semangat muhibah ini akan kekal sampai tua nanti. Maklum laaa.. nak duduk taman tu lama.

Thursday, October 1, 2009

Aidilfitri 2009

Gambar di pagi raya. Syed tukang amik gambo. Sebab tu takde
Menziarahi pusara Arwah Syed Abdullah Syed Mustafa a.k.a bapa mertua ku
Kat Tanjung Agas.
Kat Parit Sonto

Sambutan Aidilfitri tahun ni disambut dengan sederhana. Sepatutnya pagi raya turn umah UDA, tapi memandangkan parent aku balik Rembau, kami anak beranak pun beraya laa di Taman Rinting.

Aku masak laksa Johor tahun ni. Tapi sayang, masa bawak balik Muar, kuah laksa tu dah basi sebab seharian dalam bekas flusk dlm bonet kereta. Takde rezeki.

Pada kawan2, jemput laa datang ke rumah. Open house besar2an takde... but if u guys nak datang beraya, habaq awal2... insya-Allah aku masakkan sedikit juadah iaitu budu cicah roti. Ada brani? hehehe

Monday, September 14, 2009

Kata2 yang terkesan

Hari tuh, ada perjumpaan bulanan dengan Naib Canselor UTM. Dr. Zaini bin Ujang. Dia baru menerima Anugerah Merdeka baru2 ni.

Dalam ucapan beliau, ada satu quote yang terkesan dlm hati aku. Dr. Zaini cerita, dalam satu temubual dengan reporter NST... dia cakap yang dia tak pernah dapat no. 1. Tak kira laa masa exam sekolah rendah ker.. menengah ker... even kat university ker... memang dia tak pernah dpt no. 1. Pertandingan pun camtu. Tapi sifat humble, keinginan untuk belajar dan redha tu laa yang meletakkan dimana dirinya sekarang. Dan yakin kalau kita banyak membantu, Allah akan bantu kita lebih drpd tuh. Ramai orang yang berjaya adalah kerana mereka banyak membantu. Dan yakin akan rezeki itu datangnya dari Allah.

Aku terkesan dengan ayat2 dia. As a mother, kadang aku ada mendesak haziq untuk belajar. Aku nak dia jadi no. 1. Aku nak dia dpt tempat teratas. Aku rasa semua ibu punya harapan yang sama.

Tapi bila pk2 semula, aku sendiri pun belajar tak kemana. Aku tak belajar pun masa SPM. Sebab tu SPM aku 2! Aku tak struggle pun masa diploma, sebab tu pointer aku 4.2.. terlebih 2... pandai sangat! Even aku pernah dpt no. 1, tapi aku rasa tu sebab nasib kot.

Tapi, sebagai manusia, kite harus yakin dengan qada' dan qadar Allah. Betul kata Dr. Zaini, No. 1 tak penting. Kejayaan dan rezeki tu bukan datang dari no berapa kita periksa, no. bape ranking kite. Yang penting sentiasa berusaha. Bukan no. 1 penentu rezeki kite. Sebab ada diantara kawan aku yang selalu dpt tempat yang best masa belajar, tp bila masuk alam kerjaya, lain kisah ceritanya. Ini semua kerja Allah, Dia yang bagi kita rezeki.

Aku akan tukar persepsi aku pada anak2 aku. Tak peksa no. 1 takpe, tak dpt ranking teratas takpe, yang penting usaha yang berterusan. Ibu mana tak mahu yang terbaik untuk anaknya......

Tuesday, August 25, 2009

Balik Awal

Peristiwa berlaku di pejabat.

Jam menunjukkan jam 3.30, aku dah bersiap2 mengemas meja. Dalam hati, solat asar kat umah je lah, sempat ni. Singgah jap beli air kathira pun masih sempat. Hati berbunga2 sebab nak balik awal.

Tapi, apsal yang lain ni relax jer. Tau laaa masing2 umah dekat. Aku jer yang tercampak ke hulu sana. Alah Fadh, setengah jam lagi kol 4.00 laa, relax laa.

Jam menunjukkan jam 4.55 pm. Derang masih relax sedangkan aku cam cacing kepanasan yang nak balik untuk menyediakan juadah berbuka puasa kononnye. Tak bleh jadi ni, kene tanya!

Aku: Bulan puasa balik kol bape aaa? (dengan intonasi ala2 skema)
Khairul: Haaa.. pukul bape? Ko ingat budak sekolah ke nak balik awal? (diikuti gelak2 oleh rakan yang lain)

Cilakak... bulan puasa balik kol 5 gak rupanya kat sini. Huwaaaa.. bengang nye gua! Satu opis gelakkan aku. Kire cam soalan bodo yang aku ajukan tuh. Ada lagi satu jam untuk pukul 5 nih. Binawe sungguh.

Apa ni UTM! Berkira beno bulan puasa! MMU ngan KPYPJ relax jer kasi balik awal!

Friday, August 21, 2009

Dunia baru ku... UTM

Aku secara official nye telah menjaga warga kerja UTM pada 17 Ogos 2009. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Moga segala urusan dipermudahkanNya.

Terima Kasih KPYPJ

7 Ogos 2009, Kay Classic Kopitiam, Danga Bay
Nasik Ayam Penyet yang yummy!
My lovely Anor, Kak Mai n Haida
Makacih Cik Jijan and kawan2 atas cenderamata yang diberikan.
Bergambar kenangan pada hari terakhir
Ni plak kat A&W, Jusco Bukit Indah
Korang jangan lupakan aku tau! (aku tengah berucap dengan muka yang poyo)
Halim yang baru lepas kene marah ngan yati sebab melepaskan gas. Tengok yati tutup idung menahan bau pekong.
Adik yang always happy go lucky! Love this pic! Cute!
Makannnnnnnnnnnnn budokkkkkkkkkkkk!!!
Dah kenyang... tp ada kek lagikkkkk... sedap plak tuh! gumuks aku hari tuh
Yea.. kafi kasi hadiah.. makacih acik kapi
Adik pun kasi hadiah... yea lagi... makacik adik

Hadiah paling sentimental... design by kafi... thanks dear!

Ini kali kedua aku merasa sedih kerana terpaksa berhijrah untuk meneruskan kehidupan. Dulu terpaksa berhenti dari Multimedia University kerana berhijrah ke Johor, kali ni dari KPYPJ ke UTM untuk mencari peluang lebih baik.

7 Ogos 2009 merupakan tarikh akhir aku bertugas di KPYPJ. Sedih juga kerana terpaksa meninggalkan kawan2 yang mula aku sayangi dan mula akrab dengan aku, Anor, Kafi & Midah. Begitu juga dengan teman2 seperjuangan yang berada kat HQ.

Terima kasih pada pihak Cetak KPYPJ kerana sudi menganjurkan sweet event untuk Majlis Farewell aku n En. Zaidi yang bertempat di Kay Classic, Danga Bay. Terima kasih juga atas cenderahati yang diberikan. Semua kenangan bersama korang akan aku semadikan dalam ingatan.

Thanks juga pada Kafi kerana menganjurkan farewell skali lagi dengan teman2 dari HQ. Simple but memorable! Terharu aku dengan keikhlasan korang menghargai aku sebagai rakan. Aku sayang korang! Untuk Adik, Halim, Haris, Yati and yes.. kafi... takde ucapan yang bleh aku luahkan. Korang semua memang kawan yang baik! Thanks again.

Aku harap, sepanjang perkenalan kite, korang akan tetap ingatkan aku walaupun dah tak bekerja bersama lagi.

*** kafi & haris, sorry sebab curik gambo korang! aku nye dlm camera lagik laaa...

Monday, August 3, 2009

Outing bersama rakan2

Outing with Diana ngan anak2 aku layan Ice Age 3.
Untie Nana with Haziq n Fahim
Faizi and me, best friend since college
Honey, June and Ambam
Hehehe... ni saje je nak pedajal derang

Aku sibuk sket lately. Ada banyak benda yang aku nak uploadkan.. tp tak sempat. Ni antara yang aku ingat.

Ada few event aku bersama kawan2 masa sama belajar kat ITP dulu. Lama tak keluar dengan derang. Cam honey, aku rasa dah lebih 10 tahun gak aku tak jumpa dia. Seronok! Masing2 dah jadi mak orang.

Lepas ni entah bila dapat outing camni lagi...