Thursday, October 8, 2009

Pujian Untuk Mama

Jam menunjukkan pukul 10 lebih malam. Fahim sudah hanyut dibuat mimpi. Syed pula sibuk dengan laptopnye. Haziq kebosanan sebab keseorangan melayan matanya yang semakin layu.

Aku di dapur membuat trifle untuk jamuan hari raya taska Haziq dan Fahim.Tiba-tiba... Haziq datang ke dapur bertanyakan apa yang sedang aku lakukan.

Haziq: Mama buat apa?
Aku: Buat kuih untuk school haziq laaa. Nape?
Haziq: Oooo... (memerhatikan aku mengacau kastard)

Haziq: Nak tengok TV lah. (terus berjalan ke depan kemudian patah balik semula ke dapur)

Haziq: I love u mama, good night.
Aku: I love u too. Meh kiss dulu (aku cium n peluk dia suruh pergi depan. Haziq ke depan semula, tapi patah balik ke dapur lagi)

Haziq: Mama, mama cantik.
Aku: TQ sayang (kembang jubo)

***Jalan sikit dan patah balik beberapa kali untuk kata2 pujian pada mamanya)

Haziq: Mama, mama kurus.
Aku: Hehehe.. Haziq pun kurus. (kembang idung plak)

Ulang ***

Haziq: Mama, mama babi.
Aku: Hah???? (terkejut seh... ni maki aku ke apa. Kuncup semua yang kembang tadi)
Haziq: Mama babi.... patung babi tuh
Aku: Patung barbie ker? (nak comfirmkan maki ke puji)
Haziq: Patung yang girl tu laaa
Aku: oOOoo.... dah.. gi tido laaa.. nanti esok susah nak bangun. (sebenonya aku takut benda2 lain plak keluar)

Sebelum dia tido... dia datang lagi skali kat aku...

Haziq: Mama, mama macam bidadari

Ekekeke.. baru laa aku lega. Memang sah laa dia nak puji sebenonye.,.. tapi sebutan tuh.. tertinggal huruf R tuh...

Hai laaa anakkkk

4 comments:

  1. ye ker macam barbie haziq? haziq rabun kot...minta mama belikan cermin mata cap cikgu rokiah dan suaminya..muahaha

    ReplyDelete
  2. mungkin dia nak sebut barbecue kot! ^_^

    ReplyDelete
  3. hahaha.. mau tak terkejut.. mula2 ayat2 cinta.. tetibe tukar laks.. :)) lawaks la abg haziq nih..

    ReplyDelete
  4. akakaka.. terkezut gak bila baca.. dr mcm2 pujiann keluar babi! hahaha lawak2...
    haziq pandai amek ati mama dia!

    ReplyDelete