Tuesday, June 19, 2012

Sepanjang Setahun Sembilan Bulan Yang Lalu

Macam2 yang berlaku sepanjang 2011 dan pertengahan tahun 2012 nih.

Penghujung 2010, aku dikurniakan cahayamata perempuan yang sangat aku harapkan. Alhamdulillah. Allah perkenankan permintaanku. Itulah dia Syarifah Aisyah. Cinta hati aku yang kini dah masuk setahun 7 bulan. Keletah, garang... sangat membahagiakan. Aku plak dah jatuh ranking sebab Syed pun dah ada buah ati baru. Nyampah :P

Tahun 2011 lak, Syed dapat offer jadi cikgu. Cikgu English. Bini nye lak.. Oh! My Englishhhhhhhhhhhh! ahahaha. Mengajar kat Sekolah Menengah Kota Masai.Oleh kerana lama sangat tinggalkan blog ni.. banyak benda yang aku dah lupa pada tahun 2011 tuh. Antara yang aku ingat, anak aku Fahim, dpt anugerah pelajar cemerlang untuk 4 tahun. Alhamdulillah. Moga Allah iringi kehidupan kesemua anak2ku iaitu Syed Muhammad Haziq, Syed Fahim dan Syarifah Aisyah dengan kejayaan, kecemerlangan dan keberkatan dari Allah.

Untuk tahun ni pula, peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku adalah aku dan keluarga telah berpindah ke UTM. Aku sangat2 letih berulang dr UTM - Seri Alam. Tak daya aku. Tambahan pula, Haziq dah masuk sekolah betul. Dah darjah 1. Aku kene monitor belajar dia. Selagi aku duduk Seri Alam, selagi tu laa aku akan pulang dengan keletihan. Jadinya, aku apply jadi Felo dan kini, aku adalah Felo kat KTF. Aku enjoy jadi Felo. Banyak aktiviti pelajar yang aku dpt joint. Anak2 aku pun suka tinggal sini. Opis pun dekat. Syed pun dah dpt tukar sekolah area sini. Takde laa jauh berulang.

Ish... nampak sangat aku ni macam desperado sangat untuk buat come back ek. Padahal ntah pa pe aku rumuskan ni. Ahhh.. lantak laa... blog aku! :P

Actually aku tengah tepu nih. Keje tengah takde. Dr pagi sampai ke petang berFB pun bosan gak. Tu yang update blog tuh. Ehehehe.. Apa2 jer laa ek! Kire halal.

Nanti sambung lagi. Nak cite pasal anak dara ku yang sorang tuh

Tuesday, June 12, 2012

Mencari kekuatan

Rupanya... last entry masa aku ngandung dulu... now aisyah dah setahun 7.. giler lamaaaaaa.... sibuk sangatkah aku sejak ada anak kecik ni...

Aku akan kembali.. aku akan kembali beraksi...

Saturday, October 16, 2010

Counting The Day

Bila laa nak beranak nih.. aku dah tak daya dah nak bawak perut ni... doakan dipermudahkan serta diberik kesihatan yang baik pada saya n baby ekkk...

Wednesday, September 8, 2010

Cerita Kehamilan



Dah lama gile aku tak update blog ni.. bukan stakat dah bersawang... abis segala serangga dan berumahtangga kat dlm blog ni aku rasa. Sejak kemunculan Facebook, aku akui agak malas nak mengupdate ditambah pula dengan kekangan masa dengan tugas2 harian.


Hari ni.. dah 32 minggu dah kandungan dlm perut ku ni. Insya-Allah kalau diizinkan Allah, pompuan. Hatiku sudah berbunga2. 2 kali scan tak nampak, scan kali ke 3 pada 31 minggu yang lepas... nampak hamburger nye. Hehe. Alhamdulillah. Aku tak kisah sangat sebenonya lelaki ke pompuan, yang lebih penting.. sihat. Kalau lelaki lagi, beranak laaa lagi.. ehehehe.

Macam2 pulak pregnancy aku kali ni. Kene minum glukos laaa.. kene amik darah sebab kandungan gula tinggi laaa.. tak pasal2 kene buang puasa 2 hari.. dah ler 2 hari sblm tu sebab demam n tak bangun sahur.. so 4 hari laa jumlah keseluruhan aku buang puasa.

Tapi yang aku pasan pada pregnancy kali ni, aku cam suke bermakeup sket.. pastu idung aku tak sekembang dan sesembab macam ngandung Haziq n Fahim. Naluri aku sblm ni memang terdetik maybe gurl kot, tapi bila scan tak nampak n doktor cakap tak leh comfirmkan pompuan, jadi aku cam was2 sket. Tapi dlm masa yang sama... aku beli gak sket2 baju2 baby gurl. Hehehe.. tu namanye kemaruk.

Haziq n Fahim pun look very excited nak dpt adik. Rajin bersembang laa ngan adik dia. Sibuk berangan nak buat susu adik laa. Nak2 bila aku beli baju baby, derang yang sibuk pegang konon nak jaga. Jangan adik dah lahir pastu tak sayang adik sudah. Memang aku sesah! hehe


Cuma yang aku risaukan, kepala baby still tak turun lagi ni. Kalau boleh, aku nak bersalin normal laa... harap Allah perkenankan. Dan kali ni, aku berazam untuk menyusukan anak secara exclusive untuk 6 bulan pertama. Harap dipermudahkan dan diberikan susu yang banyak. Insya-Allah.

Kini, hanya menunggu saat untuk melahirkan permata hati yang ke3 ni. Moga diberi kemudahan dan kesihatan yang baik dariNya. Amin.


Monday, April 12, 2010

3rd product

Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki dari Allah... our new product will be produce on this comin November. Doakan selamat semua nye ek

Small Gathering with My BFF

@ meisan restaurant, the mommies n kids (sian fahim kene tinggal)gaya ganas bersama ketua kongsi gelap cawangan pulai perdanaposing ayu plak... eheheall of us: from left: su, enie, diba, cha'a and who else if not me... hihik!tektik untuk kelihatan kurus di dalam gambar.. kekekeke

feminin wanna be..
again... feminin wanna be
the kids also lol... posing best punye atas pokok!
jeles siot tak leh nak jumping cam ni
wahaha... like mother.. like son n daughter!
rombongan ke taman istana
the kids

love our friendshipcover album "bintang kenet"

Uishh... lama betul aku tak mengupdate FB aku... last entry masa chinese new year hari tuh.... banyak benda menarik berlaku.. but i'm too busy to update this blog....

tapi yang ni... aku mesti update cepat.. sebab aku rasa... this is the most enjoyable moment with my BFF setakat bulan april 2010 ni...

aku n cha'a... bestfriend masa sekolah rendah kat SRKK 2 dulu... but then.. she's move to JB... hubungan jadi renggang... memula tuh.. ada gak laa main tulis2 surat.. pastu senyap.. dulu mana ada email or other social network nih... then bila futher study... aku jumpa enie... get closed with her masa dah nak abis study masa tuh.. until this day... we still close! yang best nye.. cha'a ngan enie pun bestfriend masa sekolah menengah... manakala su plak.. sedara dengan aku dan sepupu dengan cha'a. Diba plak... bestfriend cha'a masa kat college... pusing2... tak ke mana pun hubungan ni...

yang menjadikan kami rapat... ialah laman web social paling popular masa kini... Facebook... kalau salah sorang tak online... ishhh.. tepunye aku rasa kehidupan nih... hehe

pada 10 April 2010... satu gathering kecil telah diadakan... bertempat di Meisan Restaurant, Mutiara Hotel. Su jadi tokey besar telah berbesar hati belanja lunch kami pada hari tuh. Selepas abis sessi makan2... kitorang ke taman istana plak untuk menikmati bread pudding cha'a... acara sampingan mestilah sesi fotografi...

aku memang sangat enjoy during that day.. bayangkan dah berapa tahun tak memanjat pokok... hari sabtu lepas terbayar sudah gianku... tapi memandangkan aku sedang berbadan 2.. tak dapat lah aku nak terlenting2 seperti kawan2 yang lain.. haziq pun enjoy dengan kawan2 sebaya dia...

harap2 lepas ni ada lagi xtvt camni...

so... here's the pic special pose from mom and kids

Sunday, February 14, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Raya cina punye pasal... beratus2 kawan aku dalam FB.. semua OFFLINE! giler aaahhh