Friday, October 23, 2009

Hari Keluarga Fakulti Pendidikan

Acara membina balloon tower
Haziq n Fahim berkenalan dengan kawan2
Aktiviti paling banyak iaitu berendam
Aktiviti kedua banyak.. posing!

17-18 Oct lepas, tempat kerja aku telah mengunjurkan Hari Keluarga yang bertempat di Tanjong Puteri Resort di Pasir Gudang.

Memandangkan selama aku berkerja, aku tak pernah joint aktiviti keluarga seramai ni, jadi aku rasa sangat seronok.

Sayangnya, aku terlibat sebagai AJK dan MC pada Makan Malam Gemilang tu. Jadi banyak masa sepatutnya bersama keluarga tapi tak dpt luangkan masa dengan hubby dan anak2. Tapi sempat laa jugak masuk game poney tail dengan bawak bola kepit. No 1 beb group aku dalam acara bola kepit tuh. Power jugak kepitan group aku membawa bola celah ketiak dan celah kelengkang. Hahaha

Tapi aku berterima kasih sangat2 pada endut aku tuh sebab dia laa yang menjaga dan melayan Haziq ngan Fahim yang melasak tuh.

Tapi part yang paling enjoy adalah masa mandi2. Seronok betul. Tambah plak dah lama tak ke swimming pool. So, dapat le aku lepas gian skali. Konon2 melayan anak bermandi manda.

Tahun depan kemana pulak laa agaknye venua untuk Hari Keluarga. Tak sabar nak joint lagi!

1 comment:

  1. bestnye kak fadh.. fara pun dah lama tak berendam.. ni kalo jumpe swimming pool mesti jakun terus.. hahaha... :))

    ReplyDelete