Monday, December 21, 2009

When I'm Turn to 30

Peristiwa 1
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sambutan harijadi aku sederhana saja. Makan2 di Secret Recipe bersama Syed dan anak2 kesayangan aku, Haziq n Fahim. Terima kasih pada Syed sebab belanja makan dan menghadiahkan aku jam tangan Casio. Jadi bila aku tengok jam, aku pun akan teringatkan endut aku ni laa gitu. Kalau tak tengok jam, lupa semula. Hehe.. memain jer...

Bersama endut yang open table

Bersama hero2 kesayangan ku (haziq yang nak posing ultraman tapi tak jadi)

Lazat hingga menggaru kepala

Budak ni kalau part makan memang terer!


my favourite cake ever! nyummmmyyy

Peristiwa 2
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah dekat sebulan dah aku berusia 30 tahun. Baru ada kesempatan untuk update blog. Memandangkan dah berkurun jugak tak mengarang ayat... aku macam ketiadaan idea untuk menulis. Mungkinkah ini kesan pertambahan usia ku yang dah bertukar ke angka 3 depannye tu? ahhhh.. dah 30 dah umur aku... cepat betul masa berlalu.

Aku belek2 rambut kat cermin. Uban juga sudah mula memutihkan rambut2 hitam ku. Aku selak ke kiri jumpa selai... selak ke kanan.. jumpa selai lagi... makin aku selak... makin banyak helaian uban aku jumpa sampai 5 helai. Lagi petanda yang aku sudah tua.

Tapi benda2 tu aku ok lagi...

Paling membengkakkan hati aku... sewaktu syed menemani aku ke UTM masa kursus induksi hari tuh.

Peristiwa berlaku masa hari exam induksi.

Rozzeta: Fadh, yang datang masa buat sudut innovasi tu adik awak ke?

wehhhh... nampak tua sangat ker aku ni! kecik ati aku tau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 comments:

  1. dah tua dan nampak tua..muahahaha..nak wat camne...lainla kalau dah tua tapi nampak muda :P

    ReplyDelete
  2. hahaha.. cilakak lu kafi!

    tapi takpe laa.. yang penting kehidupanku dah sempurna dengan aset yang paling berharga iaitu kehidupan bekeluarga. Huhu!

    ReplyDelete
  3. waaah....mudanya syed! tahniah kepada syed kerana dapat mengekalkan keremajaan! muahahahaha!

    ReplyDelete