Wednesday, June 17, 2009

Kursus Induksi Siri 1 Sesi 2009

Nama aku naik lagi dalam senarai staf baru untuk ke Kursus Induksi pada 9-14 June 2009. Sebelum ni, seperti yang pernah aku ceritakan.. aku mintak excuse sebab masih menyusukan Fahim. So sekarang dah takde komitmen menyusu, aku pun pergi laaa dengan rasa berat hati. Aku tak pernah pisah lama2 ngan budak2 ni kecuali Haziq masa ikut mak mertua aku ke Kedah. Tu pun aku dah melalak2 sedih bila berjauhan (bila dekat nak marah jer).

Kali ni aku menangis jugak laa masa tinggalkan Fahim kat umah mak aku. Sian si debab tuh. Mujur nenek dia bawak jalan ke Pantai Timur, dari Pahang ke Kelantan sambil berkunjung ke rumah biras baru aku buat majlis sambut menantu. Jadi tak terasa sangat laa mama dia takde. Eksen plak tu bila aku call.. tanak cakap. Dah dapat jalan.. dapat toys.. lupa kat mama dia seh! Geram aku!

Sepanjang aktiviti kat sane.. memang menyeronokkan jugak laa.. tambahan outdoor activity memang kegemaran aku masa muda remaja lincah bergaya dulu. Sejak dan being a wife and a mother jer aku dah slow. Kalau tak, memang ligat!

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Nama group aku, SEMUT HITAM. Ahli kumpulan pun bleh tahan agresifnya. Masa kayak, group aku menang No. 1.

Terasa cam muda kembali bila buat aktiviti berkayak, berakit, upceiling, obstacles, flying fox, night navigation, berkawad dan jugak kene rendam dalam sungai. Hehe... memang seronok. Dulu masa wataniah, aku memang terkenal dengan gelaran hantu air sebab setiap kali kene masuk hutan yang ada sungai, memang aku laa yang paling lama berendam dlm air dengan Noni. Orang sibuk berlatih perang, aku sibuk mandi manda dengan kasut spike skali masuk dlm sungai. Sampai kecut2 jari jemari aku. Hehe.. memang kenangan betul laaa..

Bila pagi2 kene kawad mengadap matahari yang sedang naik... aku selalu berangan yang Syed ada dengan aku... konon2 tengah merendek. Hehehe.. romantik kan! Tapi berangan jer laaa..

Makanan sedap2 plak tuh... 6 kali sehari makan. Bukan makin kurus aku kat sini. Makin debab! Hitam plak tu sebab asyik berjemur jer.

Apapun, aku enjoy sangat dengan kursus ni sebab dapat kenalan baru dan dpt buat semula aktiviti2 yang dah lama aku tinggalkan. Tapi dalam masa yang sama... sangat rindukan endut dan hero2 kenit ku.

*** Aku kerja tido jer dlm kelas... hahahaha... khusyuk dan bertawaduk!

Ini ler Team Semut Hitam
Belakang dari kiri: Sulaiman Akhlakhan, Fadh, Sam & Rahman
Depan dari kiri: Fiza, Wani, Atikah & Iza
Geng Gonjeng!
Dari kiri: Midah, Aku, Zura, Rose, Shikin n Ida
Posing dulu sebelum berkayak.. hehehe (bukan main ko lay down ek rose!)
Si Fahim tengok gambo ni, dia tanya aku kenapa aku tak pakai kasut. Nampak pulak!

Posing sebelum berkayak plak
Aku tengah buang air dari kasut. Jatuh dlm kolam puaka!
Shy shy cat terima sijil dari Tuan Haji Mohd. Noh
Bergambo sebelum balik. "Bangsal yang ngadap laut ni trademark gambo kat PKPI.." kata En. Izham.
Geng2 yang sangat kamcing dengan aku masa kat PKPI.


8 comments:

  1. Bila aku tgk kau dr jauh ari tu...aku asyik gelak je...gonjeng semacam...hehe

    Pastu ternmpk pulak kau tgh lap2 air mata...phmlah aku...

    Pakai baju komunis tu mmg syokkan? hehe

    ReplyDelete
  2. fadh kan memang gonjeng, gonjang dan gorgon..muahahaha

    ReplyDelete
  3. besnye pi camping camni ngan kak fadh.. wuwuwu.. mesti rock dan gile2! Mana ada hitam.. cam biasa jeks tgk..

    ReplyDelete
  4. Saya tujukan lagu ini khas buat kak fadh di johor yang tgh scroll mouse tu.

    Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang,
    Siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi....
    *sila sambung nyanyi sendiri yer.

    ReplyDelete
  5. reds: aku lap air mata sebab rindu anak laa.. tak penah pisah lama2.. pastu call.. cakap dia batuk laa.. muntah laa.. emo laa aku.. sian.. hehe

    Kaff: ko memang nak kene kafi, aku tunggu masa jer nak sagat pakai syiling kat JGG 8055 tuh.. hehe

    fara: memang fun fara. Teringat zaman muda2 dulu. Tapi muka n tangan memang sunburn gak fara.

    melor: agi idup agi ngelaban beb! hehe

    ReplyDelete
  6. hahahaha bestnyer fadh tringin lak aku tgk..rindu tul aktiviti camtu....

    ReplyDelete
  7. gambar yang 1st tu ada ko ke fadh? mcm semua lelaki je yang belakang tuh! ^_^

    tapi masa hari tu, kalau ko jalan dengan pompuan, senang aku nak cam ko. tapi bila jalan dengan lelaki, kompius plak aku! hehehehe

    jangan marah fadh ek!

    ReplyDelete
  8. amboi halim.. ko ingat aku ni spesis ketam batu ker 2 alam?

    ReplyDelete