Wednesday, July 22, 2009

Selamat Pagi Cikgu Syed

Actually.. dah masuk 3 minggu endut aku mulakan practical sebagai seorang cikgu English. Cuma aku jer agak bz dan tak sempat nak tulis entry ni.

Syukur alhamdulillah perjalanan study endut aku dah nak sampai penghujungnya. Segala penat lelah, kepayahan dan kegigihan semakin membuahkan hasil. Rasa kejap jer dah nak habis 3 tahun. Syed practical di Sekolah Menengah Seri Alam 2. Dekat jer ngan umah. Mengajo budak form 2.

Sebagai isteri, aku tumpang bangga dan gembira. Doa aku untuk endut aku ni, semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Friday, July 17, 2009

UTM... here i come.. Thank You Cetak YPJ :)

Alhamdulillah.. syukur pada Allah sebab akhirnya Dia memakbulkan doa dan cita-cita aku untuk mendapatkan pekerjaan di UTM. Setelah 4 kali percubaan, kini impian jadi kenyataan.

Aku akan melaporkan diri di Fakulti Pendidikan UTM pada 17 Ogos 2009 sebagai Pereka.

Dalam keghairahan nak memulakan career kat tempat baru, dalam masa yang sama.. aku sedih nak meninggalkan kawan2 kat KPYPJ ni. Terutamanya staf Cetak laaa. Anor dan Kafi. 2 orang manusia ni memang sangat best dan gonjeng. Selama setahun 4 bulan aku keje kat sini, 2 orang ni laa yang banyak menolong dan berkongsi ilmu dengan aku kat sini. Thank you sooo much pada Kafi n Anor. Jasa korang tak akan aku lupakan. Begitu jugak pada teman2 kt HQ sane... Adik n Kak Lin Da Vogue. Will miss u all!

So, please doakan aku kt sana ek. Dengan dapatnya kerja di UTM ini, maka berhentilah pemburuan aku untuk menempatkan diri dalam kerja kerajaan. Alhamdulillah!

Wish me luck!

Friday, July 10, 2009

Jalan-jalan.. makan doyan!

Suasana di Smart Pandan. Macam2 jenis durian ada kat sini. Harga berpatutan!
Sedang melantak durian dengan senang hati.
Juara makan durian pada hari itu dimenangi oleh Adik.

Tanpa rasa bersalah... aku, Kafi, Anor dan ketua rombongan pada hari itu, Adik a.k.a Zurina telah ke Smart Pandan dan menyerang lubok durian di sana pada waktu bekerja (tapi kol 1 kitorang tak kuar lunch tau! So fair n square! hehe). Adik n Kafi sponsor durian.8 biji ditala oleh 3 hantu durian tegar (aku, adik n kafi) dan seorang bunian jelmaan (Anor) yang tak bleh nak makan sangat sebab suara dah rock. Aku ngan Anor beli buah manggis sebab selain durian, aku juga hantu manggis.

Hantu Durian dengan ekspresi muka yang sangat rakus! Siap terjongket² hidung... hahahahha

Seronok, memang kenangan yang tak akan aku lupakan! Puas makan durian, kafi beli lagi 2 bakul durian untuk buat bubur durian pulak. Gila laa tahap kemaruk durian mamat nih.

Ini adalah buah binjai. Hahaha.. Durian laaaa... apa lagi?

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru kepada kawan rapat aku iaitu Zulkifli Yazidun a.k.a Chino dengan pasangannya June. Akhirnya berjaya juga dia menamatkan zaman bujangnya dalam usia yang agak kertu. Ekeke. Tapi berbaloi laaa kan.. perkahwinan yang gilang gemilang dan isteri yang sungguh cantik! Penantian yang tak sia-sia. Apa pun, aku sekeluarga mendoakan agar Chino akan suami dan bapa mithali. Semoga bahagia hingga ke anak cucu dan cepat dikurniakan cahayamata.

*** Papa Haziq dah ada anak sendiri nanti. Haziq dipinggirkan lah nanti tuh. (hehe)

Friday, July 3, 2009

Picture Of The Month

Me and My Man!

Main Masak² Bersama Haziq & Fahim

Haziq yang begitu khusyuk memotong kacang buncis.
Kejap panjang, kejap pendek.. hehe. Baru 3 tahun 11 bulan. Ok laa tu kan!
Mula menyebok! Nak potong gak... Anak korang ada potong sayo pakai samping tak? Hahaha
Tapi tengok camne cara dia pegang pisau dengan jari dia tuh. Tu ok lagi, part dia takek-takek pisau kat sayo tu yang aku ngeri.
Nangis, kene marah ngan mama.
Yeaa... dah mandi baru boleh makan! Thanks tolong mama!

Seronok betul kalau sesekali libatkan anak2 dalam aktiviti harian kite. Dalam masa yang sama bleh melatih derang untuk membantu ibubapa.

Kalau ada kelapangan, aku suka involvekan Haziq n Fahim buat kerja2 rumah. Tapi kene pantau betul2 la, sebab kalau kite tak fokus pada dia... mula laa lain pulak dikerjakannye! Contoh cam kemas toys sama2, cuci toilet sama, sidai baju sama2.

Latest, kami main masak2 bersama. Sebelum ni selalu train Haziq pakai pisau plastik Ikea tu jer, tapi baru2 ni pakai pisau betul. Dia nak menolong, kite layankan aje laaa. Bleh tahan anak bujang aku nih. Hehehe

Yang tak bleh tahan adiknya laa si Fahim. Orang potong sayo, dia nak potong gak! Tapi dengan Aksi yang mengerikan. Bila kene marah, melalak!