Friday, July 3, 2009

Main Masak² Bersama Haziq & Fahim

Haziq yang begitu khusyuk memotong kacang buncis.
Kejap panjang, kejap pendek.. hehe. Baru 3 tahun 11 bulan. Ok laa tu kan!
Mula menyebok! Nak potong gak... Anak korang ada potong sayo pakai samping tak? Hahaha
Tapi tengok camne cara dia pegang pisau dengan jari dia tuh. Tu ok lagi, part dia takek-takek pisau kat sayo tu yang aku ngeri.
Nangis, kene marah ngan mama.
Yeaa... dah mandi baru boleh makan! Thanks tolong mama!

Seronok betul kalau sesekali libatkan anak2 dalam aktiviti harian kite. Dalam masa yang sama bleh melatih derang untuk membantu ibubapa.

Kalau ada kelapangan, aku suka involvekan Haziq n Fahim buat kerja2 rumah. Tapi kene pantau betul2 la, sebab kalau kite tak fokus pada dia... mula laa lain pulak dikerjakannye! Contoh cam kemas toys sama2, cuci toilet sama, sidai baju sama2.

Latest, kami main masak2 bersama. Sebelum ni selalu train Haziq pakai pisau plastik Ikea tu jer, tapi baru2 ni pakai pisau betul. Dia nak menolong, kite layankan aje laaa. Bleh tahan anak bujang aku nih. Hehehe

Yang tak bleh tahan adiknya laa si Fahim. Orang potong sayo, dia nak potong gak! Tapi dengan Aksi yang mengerikan. Bila kene marah, melalak!

5 comments:

  1. tgk fahim ngan haziq, ingat masa aku budak² dulu. sebijik macam aku dengan abang aku. rase macam kena latih jadik anak dare pulak! awwww....tak sanggup you! ^_^

    ReplyDelete
  2. artakus: bukan kene jadik anak dare.. latih jadi anak2 soleh & ringan tulang..

    fadh: x sabo nak tunggu hadif beso.. mesti seronok dpt buat aktiviti sama2.. apa yg penting.. kerjasama! hehe.. tambah seronok kalau ada ramai anak2.. alamak kene tambah ni!

    ReplyDelete
  3. Suker tgk senario haziq & fahim membantu mamanya di dapur. Perlu tahap kesabaran yg tinggi di dalam pemantauan semasa dorang membantu. Mgeri gak tengok adik2 ni pegang pisau. Mujur selamat..tak berlaku la kes raja bersiong ek.

    ReplyDelete
  4. tak salah pilih menantu nih .. hahaha... bagus tul laa...

    ReplyDelete
  5. Kak Fadh hebat train anak2.. respect giler.. kalo farissa tu tak dpt la.. :p maybe tunggu dia beso sket cam haziq.. :)

    ReplyDelete