Assistant mama yang comel!
Benih lada.. tapi takde laa aku tanam sebanyak tuh!
Batas untuk tanaman lada.. cam kubur pulak gamaknye!
Pokok Ubi cap Pak Ye!
Ni aktiviti kami anak beranak minggu ni.
Konon2 nak cuba bercucuk tanam kat tanah sekangkang kera belakang umah. Yelah, kalau hasilnya menjadi, petik aja sayo2 yang ada kat belakang.
Sebelum tu aku dah tanam pokok ubi yang aku sebat pak ya punye kat belakang opis. So yang terbaru ni, aku kemburkan tanah dan buat batas.. seterusnya aku tanam benih lada, kunyit dan juga bawang untuk dapatkan daun bawang.
Mintak2 tangan aku sejuk dan pokok2 yang aku tanam ni membuahkan hasil.
Terima kasih pada Haziq dan Fahim yang begitu rajin menggeburkan tanah dan mengasingkan batu. Kacau pun yer sebenarnya!