Friday, October 31, 2008

Gambo Raya Tak Senonoh 2008

Gambar 1
Hehe.. aku rasa.. seumo hidup aku, ni laa gambo raya yang paling tak semenggah haghah! (baru laa bunyi orang johor) Masing2 kekenyangan sebab baru balik dari KPYPJ nye open house... pastu kat umah ezul melantak kek cokelat mak dia yang .. ermmm ... sedap giler! Dah kenyang mula laa ngantok... tp masih nak bergambo. Inilah hasilnya menjadikan kami seperti ular2 yang kemalasan... hahaha.. (aku pura2 tido... ko ingat aku nak tido senyum2.. poyo namanye!)

Gambar 2

Gambo ni plak diambil masa wedding kak yan raya hari tu. Aku pun tak tahu laa ni kategori gambo raya ke apa.. tapi yang penting, gambo ni diambil masa raya ke 18 hari tuh. Hehe...Cam pasangan suami isteri yang spestik kan? hehe.. jangan kutuk! Aku kutuk diri sendiri takpe! Haziq pun pelik. Mesti dalam hati dia cakap "ni apahal mak bapak aku ni?"

Gambo 3Gambo ni aku kategorikan sebagai tak senonoh bersebab. Nampak senonoh jer kan. Tapi yang tak senonoh tu.. kaler dia. Puas aku edit, aku touch up.. ni laa hasil terbaik. Punca ketidaksenonohan adalah laki aku yang tak senonoh menggunakan filem yang dah hamoir setahun berkepam dalam kamera SLR nye. Laki aku oldskool... SLR filem lagi. Hahaha. Ok ler tuh kan dari takde. So hasilnya cam tu laa... gambo yang malap, blur... muka cekelat2 and paling kelako.. let nampak gigi jer.. kuang kuang kuang!

*** let mintak mahap terkutuk. Ahaks!

Wednesday, October 29, 2008

Raya 2007 dan Raya 2008

Lagi 2 hari... habislah Syawal pada tahun 2008. Seperti tahun2 lalu, sambutan raya aku n family biasa-biasa sahaja. Cuma raya tahun ni, suasananya agak berbeza.

Sebelum ni, masa kat MMU... menjelang nak raya, aku sibuk merayap ke Jalan Tar. Dengan kak norai laaa.. dengan kak miza laa... janji ngan Ida jumpa kat Sogo la. Sorang2 pun aku jadi. Tempat shopping aku selain dari Jalan Tar... tentunya kat SOGO. Kalau time sale, yang tak mabuk pun jadi mabuk. Sediakan jer laaa duit!
Pastu kalau kat office tu, banyak sample kuih raya. Aku memang main order je la. Kuih kegemaran aku masa jadi anak rantau dulu ialah kuih kedekut. Precious moment nama kuih tuh. Tp sebab kecik2, aku yang mandai2 tuko jadi kuih kedekut. Tak lupa juga, aku laa agen Yang Oriyana untuk amik order kepek2 yang dibeli kat Banting. Kak Norai biasanya akan menjadi pembeli cemerlang setiap tahun.
Bila raya pulak, CMEAD selalu buat makan2. Open house CMEAD memang happening. Bukan hanya juadah yang kebaboommm, malah event pun gempak. Siap ada karaoke2 lagi. Aku pun turut menymbang suara aku yang sememangnya sumbang nih. Credits to Chino laa sebagai event organizer yang gila glemer. Hahaha. Tapi kalau chino buat event, memang best!

Tak lupa jugak pada pembekal ketupat palas yang baik hati. Makcik Maria Kari. Mak kepada jejaka yang hampir terlajak, Ku Nizam. Ketupat palas ngan serunding daging. Argh.. menyebutnya pun buat air liur aku dirembes!
Tapi.... tu dulu laaa. Sebelum aku balik ke Johor.

Tahun ni, aku beraya sebagai anak Johor. Bukan lagi anak perantau. Aku tak perlu lagi pk budget minyak.. tol.. saving dari segi ongkos. Tambahan pulak, KPYPJ kasi 300 duit raya. (tak merasa pun, cermin kete pecah!)

Tempat aku shopping raya, Sungai Tiram. Jauh lebih murah dr Jalan Tar. Location tepi Sungai Tiram di Ulu Tiram. Teman shopping, mak mertua aku. Selain Sungai Tiram, kalau dulu SOGO, kini Tebrau City. Boleh laaa.. tapi SOGO lagi best!

Kuih raya pulak, takde sapa bawak sample kuih. Nak tanak, aku kene laa buat. Nak beli yang dah siap, aku jamin tak sedap! Atas dasar ini, aku kemukakan cadangan buat kuih raya dan dipersetujui rakan2 sepejabat aku. Termasuk bos aku. Ber"syer"kan modal, 3 jenis kuih berjaya dihasilkan dalam opis pada hari bekerja. Jangan contohi aku. Bukan makan gaji buta. Tp makan kuih. Hehe. Sebab masa aku buat kuih, aku ternampak anak bulan lebih awal. Kuang kuang. Telekeh kata Haziq. Dah ujung2 nak raya, job pun kurang. Masa luang kami berjaya dimanfaatkan.

Sambutan raya plak, dibuat kat HQ KPYPJ. Banyak muka yang aku tahu, tapi aku masih tak berapa kenal. Sebab opis aku kan tercampak jauh dr HQ, janji aku tak berapa mengenali staf2 kat HQ. Kenal muka, tapi tak kenal nama. Argh.. takpe. Janji aku kenal jenis2 makanan.

Kat sini, ada juga karaoke. Tapi aku malu. Aku masih baru. Lagipun, sape yang nak berduet ngan aku. Kalau kat MMU, aku ada Melor... aku ada Chino. Aku ada keh untuk tepuk tangan. Haha. Tepuk ke? Ke keh malu nak ngaku aku kawan sebab suara aku terlalu merdu untuk diperdengarkan. Arghhh.. takpe. Janji aku gumbira. Ye tak?
Kira ok jugak laa sambutan raya kat sini. Cuma kat YPJ ni, takde konsep Potluck cam masa Open House CMEAD dulu.

Tapi kenapa ye? Bila kawan2 dr MMU kasi gambo sambutan raya kat sane... aku rasa kehilangan sangat. Aku rasa sayu... rasa sedih. Aku tak suke perasaan ni. Ye, aku memang gembeng! Aku memang emo. Kenangan di MMU menggamit kembali.

Dah laa.. malas nak tulis lagi. Hati aku dah sebak! Tisu mana tisu???

Tuesday, October 28, 2008

Inai

Aku saje gatal pakai inai masa hari deepavali yang lalu. Jumpa kat gobok solek mak. Ala.. inai yang cam ubat gigi tu. Terus tonyoh kat kuku. Tak sampai 5 minit dah oren dah.

Tapi aku pakai lama. Lebih dr 15 minit. Dengan harapan warnanye merah dan cantik.

Ye.. hasilnye memang cantik. Orang kata, kalau kite pakai inai dan warnanya merah. Mak mertua sayang. Ye.. mak mertua aku memang sayang kan aku. Hihik! (Gedik)

Tapi lepas tuh aku basuh pinggan kenduri, warna inai tu boleh pudar. Mak mertua aku dah tak sayang aku ker?

Eleh.. takde kaitan lansung warna inai ngan kasih sayang. Sape ntah yang mandai2 buat andaian camtu!

Lagu 80-an

Ari tuh, masa balik keje, aku layan stesen radio apa ntah. Tak perasan. Karaoke lagu 80-an. Ada caller tuh nyanyi lagu Azlina Aziz. Wajah siapakah engkau cari. Apa ntah tajuknye. Sedap laaa pulak. Cari mp3, tak jumpa. Tanya kafi, dia ada video jer. Video pun video laa.. sedap gak. Duet ngan Ct Lijah.

Nasihat anak masa anak nak tido

Korang penah baca artikal tak pasal parenting ni. Aku pun lupa artikal tuh siapa penulisnya. Tapi dia kata, time anak kite tengah mamai2 nak tido, kite digalakkan untuk beri kata2 nasihat dan ungkapan kasih sayang kat anak. Walaupun nampak macam dia mamai, tapi cara ni berkesan untuk anak la. Menusuk ke hati laa gitu. Katanya...

Aku rajin jugak laa buatkan tips ni kat Haziq n Fahim. Tapi sejak aku yang membuta dulu, jarang aku dpt praktikkan cara ni kat Haziq. Kadang2 je...

Tapi semalam, aku tido lewat. Lepas lipat baju, aku pun naik katil la. Skali haziq bangun. Suruh tido ngan dia. Masa tu pukul 1 lebih. Aku turun n peluk dia. Sebab nampak dia cam nak sambung tido semula.

Lama tak cakap2 dengan dia waktu nak tido, aku pun dengan lovingnya memberikan kata2 nasihat supaya dia jadi anak yang baik. Insan yang patuh dengan ajaran agama sume. Cakap mama love Haziq laa bla bla bla. Haziq yang mamai mengiyakan kata2 aku dengan hmmm... hmmm..

Tiba2.. Haziq bangun dan duduk.

"Mama, jangan takap. Jangan takap. Kite nak tido. Nanti kite nak gi kolah"

Bertuah punya anak!

Friday, October 24, 2008

Bila Mak dan Anak Berbicara

Sembang 1
Mama: Haziq... nanti bila Haziq dah beso.. haziq belajar pandai2 ye sayang... nanti kalau belajo pandai.. boleh masuk university...
Haziq: ye!
Mama: Haziq dah besar nanti nak masuk mana?
Haziq: Masuk kubur

Astagfirullah anak aku!!

Sembang 2
Mama: Haziq... kat sekolah tadi makan apa?
Haziq: Makan kuih tepot!

tepot = jemput-jemput

Sembang 3
Mama: Haziq... kang nak tido pakai pampers tau
Haziq: Tanakkk.. Haziq kan dah besyor.. budak besyor mana pakai pampers.. apa laa mama ni

Esok pagi kencing kat toto. Mama hangin!

Hj. Abdul Wahab Dalam Kenangan


Tok dan paipnya, tak dpt dipisahkan.
Dia lah atok aku. Bapak mak aku. Monyang Haziq n Fahim.

Tok meninggal dunia sehari sblm semua umat Islam menyambut Syawal. Pemergiannya memang telah dijangka setelah terlantar sakit pada awal Ramadhan lalu. Walaupun sakit, tok tetap menjaga solatnya dan amalan2 zikirnya sehinggakan sewaktu arwah meninggal pun, jari jemarinya membengkok seperti memegang biji2 tasbih.

Atok aku merupakan Imam di Kampung Tiram Duku dan merupakan Kadi daerah Gelang Patah. Sape yang tak kenal ngan Imam Wahab? Naik motor Yamaha 100 Sport, tapi helmet SHOEI Full Face! Jangan main-main. Laki aku yang bawak scooter pun takde helmet camtuh. Orang PTP pun kenal sape dia Imam Wahab tau!

Apa yang aku nak ceritakan tentang atok aku ni adalah amalan membaca Al-Quran yang memang dijadikan pengisi masa lapangnya ini. Tak macam cucunya, masa lapang... sibuk berblogging. Apa nak jadilah aku ni.

Atok aku biasa membaca Al-Quran menggunakan Al-Quran kecil yang berwarna coklat gelap. Aku selalu nampak Quran tu dan apa yang aku tahu, tok memang mencatat tarikh2 dia khatam. Hanya setelah dia meninggalkan dunia ini, baru laa aku berkesempatan membelek quran peninggalan arwah.

Bermula 10 Jun 1977 sehinggalah 28 Mac 2008, aku mengira dari awal hingga ke akhir. Arwah telah khatam sebanyak 433. Subhanallah. Satu jumlah yang sangat banyak! Aku ni pun dah lebih 2 tahun dah, tak khatam2 quran untuk kali ke tetttttt (malu nak cakap.. tapi bukan 1st time laa). Kadang2 seminggu pun 2 muka jer. Jangan contohi aku!

Aku terpana dengan apa yang sedang aku tatap. Terimbas kenangan pada hari kematian Tok. Wajahnya sangat tenang, segar. Macam orang tidur. Orang yang datang ziarah pun sangat ramai. Kerja2 pengurusan jenazah juga mudah dan lancar.

Aku tak pergi ke kubur pada hari kematian. Setelah seminggu raya baru aku berpeluang ke kubur tok. Mak cakap, kubur tok betul2 berada di bahagian mimbar tapak masjid lama tempat dia mula2 menjadi Imam dulu. Sebak. Tanah kubur pun berlebih2 walau sudah dibukitkan sedikit kuburnya, masih berlebih di tepi2 kubur. Mak aku ckp, itu tanda orang banyak amalan. Wallahualam. Aku memang syahdu tp dlm masa yang sama, aku bersyukur kerana tok pergi dengan mudah yang paling menenangkan tok mati setelah mengucap kalimah syahadah. Kini, setelah 25 hari pemergian tok, aku abadikan kisah tok dlm blog aku ini. Semoga tok aman di sana.
Quran kesayangan tok
Bermula 10/6/1977
Sebahagian muka surat tambahan untuk mencatat tarikh khatam
Kali terakhir khatam 28/3/2008 sebelum arwah mula sakit2 dan keluar masuk hospital

*** kualiti gambar kureng sket sebab camera phone terlalu power! nikon D300 pun kalah

Al-Fatihah untuk Hj. Abdul Wahab bin Awang. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan dimasukkan dlm golongan orang2 yang beriman. Amin.

Thursday, October 23, 2008

Blog Baru Untuk Entry Sendiri

Selama ni, aku hanya bercerita tentang blog anak2. Ye, memang aku seronok bercerita pasal karenah dan keletah anak2 aku. Aku kan mama yang cool tapi kadang2 bertukar menjadi raksasa berwarna pink.
Cumanya kadang2, ada entry yang aku nak ceritakan tapi macam tak sesuai jika dimasukkan dlm blog haziq n fahim. Blog bapak dia lagi laa tak sesuai. Atas dasar inilah aku menghasilkan blog baru aku ni.
Memandangkan aku dan selsema amat sinonem, maka terhasillah blog akudanselsema ini.
Bleh laa aku mengarut terkarut dan tercarut. Opss.. carut2 tak boleh. Nanti Allah marah (kata haziq).
Lagi banyak masa aku akan terbuang dlm blog2 ini. 3 blog beb nak kene update. Poyo tak poyo laaaa.... sendrey mau ingat :P