Friday, October 24, 2008

Hj. Abdul Wahab Dalam Kenangan


Tok dan paipnya, tak dpt dipisahkan.
Dia lah atok aku. Bapak mak aku. Monyang Haziq n Fahim.

Tok meninggal dunia sehari sblm semua umat Islam menyambut Syawal. Pemergiannya memang telah dijangka setelah terlantar sakit pada awal Ramadhan lalu. Walaupun sakit, tok tetap menjaga solatnya dan amalan2 zikirnya sehinggakan sewaktu arwah meninggal pun, jari jemarinya membengkok seperti memegang biji2 tasbih.

Atok aku merupakan Imam di Kampung Tiram Duku dan merupakan Kadi daerah Gelang Patah. Sape yang tak kenal ngan Imam Wahab? Naik motor Yamaha 100 Sport, tapi helmet SHOEI Full Face! Jangan main-main. Laki aku yang bawak scooter pun takde helmet camtuh. Orang PTP pun kenal sape dia Imam Wahab tau!

Apa yang aku nak ceritakan tentang atok aku ni adalah amalan membaca Al-Quran yang memang dijadikan pengisi masa lapangnya ini. Tak macam cucunya, masa lapang... sibuk berblogging. Apa nak jadilah aku ni.

Atok aku biasa membaca Al-Quran menggunakan Al-Quran kecil yang berwarna coklat gelap. Aku selalu nampak Quran tu dan apa yang aku tahu, tok memang mencatat tarikh2 dia khatam. Hanya setelah dia meninggalkan dunia ini, baru laa aku berkesempatan membelek quran peninggalan arwah.

Bermula 10 Jun 1977 sehinggalah 28 Mac 2008, aku mengira dari awal hingga ke akhir. Arwah telah khatam sebanyak 433. Subhanallah. Satu jumlah yang sangat banyak! Aku ni pun dah lebih 2 tahun dah, tak khatam2 quran untuk kali ke tetttttt (malu nak cakap.. tapi bukan 1st time laa). Kadang2 seminggu pun 2 muka jer. Jangan contohi aku!

Aku terpana dengan apa yang sedang aku tatap. Terimbas kenangan pada hari kematian Tok. Wajahnya sangat tenang, segar. Macam orang tidur. Orang yang datang ziarah pun sangat ramai. Kerja2 pengurusan jenazah juga mudah dan lancar.

Aku tak pergi ke kubur pada hari kematian. Setelah seminggu raya baru aku berpeluang ke kubur tok. Mak cakap, kubur tok betul2 berada di bahagian mimbar tapak masjid lama tempat dia mula2 menjadi Imam dulu. Sebak. Tanah kubur pun berlebih2 walau sudah dibukitkan sedikit kuburnya, masih berlebih di tepi2 kubur. Mak aku ckp, itu tanda orang banyak amalan. Wallahualam. Aku memang syahdu tp dlm masa yang sama, aku bersyukur kerana tok pergi dengan mudah yang paling menenangkan tok mati setelah mengucap kalimah syahadah. Kini, setelah 25 hari pemergian tok, aku abadikan kisah tok dlm blog aku ini. Semoga tok aman di sana.
Quran kesayangan tok
Bermula 10/6/1977
Sebahagian muka surat tambahan untuk mencatat tarikh khatam
Kali terakhir khatam 28/3/2008 sebelum arwah mula sakit2 dan keluar masuk hospital

*** kualiti gambar kureng sket sebab camera phone terlalu power! nikon D300 pun kalah

Al-Fatihah untuk Hj. Abdul Wahab bin Awang. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan dimasukkan dlm golongan orang2 yang beriman. Amin.

3 comments: