Wednesday, October 29, 2008

Raya 2007 dan Raya 2008

Lagi 2 hari... habislah Syawal pada tahun 2008. Seperti tahun2 lalu, sambutan raya aku n family biasa-biasa sahaja. Cuma raya tahun ni, suasananya agak berbeza.

Sebelum ni, masa kat MMU... menjelang nak raya, aku sibuk merayap ke Jalan Tar. Dengan kak norai laaa.. dengan kak miza laa... janji ngan Ida jumpa kat Sogo la. Sorang2 pun aku jadi. Tempat shopping aku selain dari Jalan Tar... tentunya kat SOGO. Kalau time sale, yang tak mabuk pun jadi mabuk. Sediakan jer laaa duit!
Pastu kalau kat office tu, banyak sample kuih raya. Aku memang main order je la. Kuih kegemaran aku masa jadi anak rantau dulu ialah kuih kedekut. Precious moment nama kuih tuh. Tp sebab kecik2, aku yang mandai2 tuko jadi kuih kedekut. Tak lupa juga, aku laa agen Yang Oriyana untuk amik order kepek2 yang dibeli kat Banting. Kak Norai biasanya akan menjadi pembeli cemerlang setiap tahun.
Bila raya pulak, CMEAD selalu buat makan2. Open house CMEAD memang happening. Bukan hanya juadah yang kebaboommm, malah event pun gempak. Siap ada karaoke2 lagi. Aku pun turut menymbang suara aku yang sememangnya sumbang nih. Credits to Chino laa sebagai event organizer yang gila glemer. Hahaha. Tapi kalau chino buat event, memang best!

Tak lupa jugak pada pembekal ketupat palas yang baik hati. Makcik Maria Kari. Mak kepada jejaka yang hampir terlajak, Ku Nizam. Ketupat palas ngan serunding daging. Argh.. menyebutnya pun buat air liur aku dirembes!
Tapi.... tu dulu laaa. Sebelum aku balik ke Johor.

Tahun ni, aku beraya sebagai anak Johor. Bukan lagi anak perantau. Aku tak perlu lagi pk budget minyak.. tol.. saving dari segi ongkos. Tambahan pulak, KPYPJ kasi 300 duit raya. (tak merasa pun, cermin kete pecah!)

Tempat aku shopping raya, Sungai Tiram. Jauh lebih murah dr Jalan Tar. Location tepi Sungai Tiram di Ulu Tiram. Teman shopping, mak mertua aku. Selain Sungai Tiram, kalau dulu SOGO, kini Tebrau City. Boleh laaa.. tapi SOGO lagi best!

Kuih raya pulak, takde sapa bawak sample kuih. Nak tanak, aku kene laa buat. Nak beli yang dah siap, aku jamin tak sedap! Atas dasar ini, aku kemukakan cadangan buat kuih raya dan dipersetujui rakan2 sepejabat aku. Termasuk bos aku. Ber"syer"kan modal, 3 jenis kuih berjaya dihasilkan dalam opis pada hari bekerja. Jangan contohi aku. Bukan makan gaji buta. Tp makan kuih. Hehe. Sebab masa aku buat kuih, aku ternampak anak bulan lebih awal. Kuang kuang. Telekeh kata Haziq. Dah ujung2 nak raya, job pun kurang. Masa luang kami berjaya dimanfaatkan.

Sambutan raya plak, dibuat kat HQ KPYPJ. Banyak muka yang aku tahu, tapi aku masih tak berapa kenal. Sebab opis aku kan tercampak jauh dr HQ, janji aku tak berapa mengenali staf2 kat HQ. Kenal muka, tapi tak kenal nama. Argh.. takpe. Janji aku kenal jenis2 makanan.

Kat sini, ada juga karaoke. Tapi aku malu. Aku masih baru. Lagipun, sape yang nak berduet ngan aku. Kalau kat MMU, aku ada Melor... aku ada Chino. Aku ada keh untuk tepuk tangan. Haha. Tepuk ke? Ke keh malu nak ngaku aku kawan sebab suara aku terlalu merdu untuk diperdengarkan. Arghhh.. takpe. Janji aku gumbira. Ye tak?
Kira ok jugak laa sambutan raya kat sini. Cuma kat YPJ ni, takde konsep Potluck cam masa Open House CMEAD dulu.

Tapi kenapa ye? Bila kawan2 dr MMU kasi gambo sambutan raya kat sane... aku rasa kehilangan sangat. Aku rasa sayu... rasa sedih. Aku tak suke perasaan ni. Ye, aku memang gembeng! Aku memang emo. Kenangan di MMU menggamit kembali.

Dah laa.. malas nak tulis lagi. Hati aku dah sebak! Tisu mana tisu???

5 comments:

  1. semoga raya 2009 akan lebih extravaganza da bomb kebabo!

    ReplyDelete
  2. miss u kak fadh.. sori tak dtg melawat.. insyallah kalo ader time i will jenguk2.. tunggu la ye.. mmg kampung kat johor.. :D

    ReplyDelete
  3. Alaa.. sedihnyer fadh..takpe fadh.. tp lagi hebat sambutan ray akat sane ek? buat kuih dlm opiss... kamjat aku bace.. hahaha takpe panjang umo kite jumpe lagi :)

    ReplyDelete
  4. semenjak ko takda kat opis cmead, sunyi sepi ja rasanya..hehehe..aman plak rasanya tp tu laa kekadang rasa tak best pun ada jgk heheh..apapun tunggu 1hb nie aku turun johor..

    ReplyDelete
  5. walaupun lum kenal byk kat fadh,...tp dapat rasakan dia best orgnya... dapat jumpe n bertegur sikit kat majlis raya kpypj. kalau dah kenal lama, mesti sy kerek jer coz sy kan senior...hik3

    ReplyDelete