Wednesday, February 25, 2009

Ikhtiar Hidup

Percaya tak? Kat Johor Bahru ni.. ada sawah padi!

Betul.. aku tak tipu! Gambo tu aku amik kat trafik light Kampung Ungku Mohsin. Lokasi yang sangat dekat ngan opis aku.

Memula dulu aku tak perasan kewujudan sawah nih, tapi masa padi tengah masak kuning hari tuh, baru aku tau kawasan terbiar itu rupanya dimanfaatkan oleh pendatang asing ni dengan menanam padi.

Tanah yang tak sebesar mana tuh dimanfaatkan dengan baik oleh pendatang nih. Inilah namanya Ikhtiar Hidup. Pandai mereka mencari rezeki. Terdetik gak dalam hati bagaimana susah jerihnya mereka mencari sesuap nasi di negara orang.

Dulu aku pernah dengar dengan telinga aku sendiri, orang indon ni cakap dengan kawan dia... "Di Malaysia ni, bukan mati kebuluran! Bisa mati kekenyangan..." Betul aku rasa, kat Malaysia ni, kalau kite rajin.. kite usaha... insya-Allah tak akan papa kedana. Buktinya pendatang2 asing yang datang ke negara ini, nampak selekeh... kerja pun ntah apa2... tapi masih dpt membuat simpanan dan hantar duit ke kampung halaman. Sebabnye.. mereka2 ni rajin!

Aku yang makan gaji ni pun kadang2 miss kasi duit pada mak ayah. Teruknye kan! Bukan nak berusaha untuk meningkatkan pendapatan! Apalah nak jadi! Tapi lepas ni aku nak berusaha untuk mencari pendapatan sampingan. Pc pun dah nak keluar. Kene ligat sket laa buat design.

Pendek kata... dimana ada kemahuan, disitulah ada jalan. Kita patut contohi kesungguhan mereka2 ini untuk ikhtiar hidup sebegini. Tambah plak zaman gawat2 ni.

*Langkah yang dah aku ambil, tanam sayo2 belakang umah. Hehe....

Wednesday, February 18, 2009

Once Upon A Time

Kemas2 kotak, terjumpa gambo ni. Gambo pertama aku ngan Chino. Diambil pada 8 tahun yang lalu... 2-2 keding... 2-2 leper!

Tuesday, February 17, 2009

Budak kecik tak pandai menipu!

Oleh kerana Syed suka ajo Fahim cakap Mama MOK, aku berusaha keras mengajar Fahim cakap MAMA CUN! and it's work!

asal aku tanya je mama apa?... dengan pantas dan muncung dia akan jawab mama cun. Dan untuk dia lebih ingat, aku memang selalu melatih dengan soalan itu dan jawapannya memang konsisten, MAMA CUN.

Suatu petang, sewaktu aku mengemas dapo... Syed dan Fahim datang dan duduk tengok aku mengemas. Sambil2 tuh, aku dengar syed suruh Fahim cakap MAMA MOK.

Aku dengan confident nye memotong cakap syed... dan terus tanya Fahim mama apa? Oleh kerana aku terlalu yakin yang apa yang aku ajo selama ni berkesan, aku dengan berlagaknye cakap pada syed... "Budak kecik tak tahu menipu!"...

Fahim, mama cun tak?

skali budak bertuah ni bleh jawab TAK.

Syed apa lagi... BUDAK KECIK MEMANG TAK PANDAI MENIPU!

Bengang seh!! nasib baik dah jadi laki!

Toilet Train

Alhamdulillah 2-2 anak aku dah tak pakai diaper lagi kecuali Fahim yang masih pakai diaper masa tido.

Aku rasa lega sebab dalam kegawatan camni, sedikit sebanyak dapat laaa kami suami isteri menjimatkan kos.

Kalau dulu Haziq berhenti pakai diaper pada usia 2 tahun 3 bulan, Fahim aku nekad untuk cuba lebih awal. Misi berjaya. 2 tahun sebulan Fahim dah pakai spender! hehe

Kaedah aku mudah saje, sama seperti ibu2 yang lain. Aku akan ambil cuti 2 hari sebelum weekend, terus ke hujung minggu. Jadi aku punya jangkamasa yang lama dan panjang untuk berada di rumah untuk melatih mereka.

Awal2 biasa laa.. mesti ada air mawar yang dirembeskan secara tak sengaja. Jadi, untuk mengatasinya, every setengah jam ke sejam, bawakan mereka ke toilet. And keep remind them to tell us bila nak kencing.

"nak kencing tak? kalau nak kencing cakap apa"

tapi once budak2 ni dah tau "rese" nak kencing tu camner... dah senang dah... automatic mereka akan terkemut2 bila nak terkencing. Jadi apalagi... bawak mereka ke toilet dan cangkung! hehe.. Ajo sekali cara cebok dan cara siram air yang betul supaya toilet tak hancing. Tapi part siram2 air ni anak2 aku memang terlebih pandai.. sampai lencun baju dibuatnye!

Thursday, February 5, 2009

Cute ker?

Aku tak pasti laa aku ni cute ke tak.. tapi Kak Aida kasi aku award ni.. terus aku macam nak perasan.. hahaha... bleh tak?
Tapi rupenye bukan award kosong.. kene tag skali.. tapi aku belum sempat untuk menjawab tag tu lagi... tapi ada masa untuk perasan cute! jangan marah ek Kak Aida...
Aku berhutang 2 tag dari Melor n Kak Aida.

Kuih Samosa

Aku ke rumah Enie weekend hari tuh. Enie jamukan aku dengan kuih samosa yang dia beli kat Pasar Tani Larkin. Tu yang menggerakkan aku untuk cuba buat kuih nih.

So dengan semangatnya pada keesokan hari, pukul 8 aku dah berada kat tesco membeli bahan buat samosa dan juga breakfast. Daging cincang dan juga pastry popiah.

Malam tuh, lepas buat inti samosa yang aku rasa cam sedap jer (puji diri sendiri a.k.a syok sendiri).. aku pun dengan semangatnye nak masukkan inti ke pastry.... tapi puas aku gayakan... aku practic pakai sapu tangan.... tak jugak menjadi 3 segi... so aku buat jer laaa samosa tapi popiah version... rectangle! (rectangle tau melor.. bukan triangle.. :P).
Syed suruh jer buat bentuk petak... dia suruh aku rujuk jamie oliver.. bila masak.. mana nak hias2.. mana nak cantik2... main taram jer...

itu jamie oliver.. aku fadhilah othman

sudahnye.. aku simpan semua bahan tadi dalam fridge... aku tak puas hati camner nak jadikan 3segi...

esoknya... sampai je opis.. yang aku cari dulu.. kak mai.. tapi kak mai pun tak reti.. tanya haidar.. pun sama... so aku on pc... search... jumpa!

dan inilah hasil samosa ku dengan kitchen helper yang sangat laa rajinnye nih!

Taraaaaa!! amacam..? ok tak?
Mula2...bentangkan dulu pasty...

pastu.. hentam jer laaa... janji ko diam dikkkk