Tuesday, February 17, 2009

Budak kecik tak pandai menipu!

Oleh kerana Syed suka ajo Fahim cakap Mama MOK, aku berusaha keras mengajar Fahim cakap MAMA CUN! and it's work!

asal aku tanya je mama apa?... dengan pantas dan muncung dia akan jawab mama cun. Dan untuk dia lebih ingat, aku memang selalu melatih dengan soalan itu dan jawapannya memang konsisten, MAMA CUN.

Suatu petang, sewaktu aku mengemas dapo... Syed dan Fahim datang dan duduk tengok aku mengemas. Sambil2 tuh, aku dengar syed suruh Fahim cakap MAMA MOK.

Aku dengan confident nye memotong cakap syed... dan terus tanya Fahim mama apa? Oleh kerana aku terlalu yakin yang apa yang aku ajo selama ni berkesan, aku dengan berlagaknye cakap pada syed... "Budak kecik tak tahu menipu!"...

Fahim, mama cun tak?

skali budak bertuah ni bleh jawab TAK.

Syed apa lagi... BUDAK KECIK MEMANG TAK PANDAI MENIPU!

Bengang seh!! nasib baik dah jadi laki!

1 comment: