Tuesday, March 31, 2009

Perihal KJ

Aku bukan into sangat dalam politik ni.. tapi aku rasa politik di Malaysia ni dah mengarut laaa... kerana wang... orang2 politik ini sanggup menjatuhkan martabat bangsa melayu itu sendiri! menjawab laaa korang manusia politik kotor ni di akhirat nanti!

Petikan dari blog Che Det. (Che Det belum jawab tag aku.. hehe)

KENAPA SAYA TIDAK HADIR

| | Comments (739) | TrackBacks (0)
1. Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.

2. Memanglah saya terasa sedih kerananya.

3. Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda UMNO secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah.

4. Mereka memilih sebagai ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda. Samada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

5. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding.

6. Tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua. Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan UMNO.

7. Pemuda telah merosakkan imej UMNO dan imej orang Melayu sendiri. Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.

8. Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

9. Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai. Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa.

10. Ini juga menghakiskan lagi kepercayaan rakyat kepada UMNO.

11. Inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.

***sudah terang lagi bersuluh!

Monday, March 30, 2009

Hutang Tag Dibayar Tag

Sebelum hutang2 tag aku makin menimbun, baik aku settlekan sket2... kang makin bertimbun.. lagi takde masa nak bayar.

Pada pemberi tag. Sorry laa lambat jawab. Pada yang ada niat yang nak tag aku, hehe... jangan laa tag lagi. Nanti tak jawab takut kecik ati. Hehe

Ni Tag Dari MELOR:

1. Do you think you're hot?
Yes... hot n spicy lagi! hahaha

2. Upload your favorite picture of you.

3. Why do you like that picture?
Sebab gedik! haha.... ala2 posing untuk myspace or friendster laa.. amik gambo sendiri dari atas! geli seh!

4. When was the last time you ate pizza?
4 Mac 2009. Besday my laling!

5. The last song you listened to?
Ungu - Andai Ku Tahu (Emo dengan lagu ni sebab follow blog Fajaril (read recommended!) yang sangat menyentuh naluri keibuanku)

6. What are you doing now besides this?
Garu hidung!

7. What name would you prefer besides yours?
Morisette (Fadhilah Morisette) hehe

People I tag:
1. Kafi
2. Anor
3. Ku Nizam
4. Harris
5. Syed Syahrul Zarizi

8. Who is number 1?
Mamat multi language. Tapi tak seorang pun paham akan apa butir percakapannye. Hehehe. Seorang yang kuat bekerja dan kadangkala berotak sedikit kuning! hahaha

9. Number 3 is having relationship with?
Entah laa.. dah bape kali aku nak kenenkan ngan kenalan aku.. last2 dia sound camni kat aku... "hang ingat aku ni dah tak reti cari perempuan kaa?"

10. Say something about number 5
The man that I addicted to! hehe.. madly, truly deeply do!

11. How about number 4?
Cikgu fotografi yang terkenal di KPYPJ

12. Who is number 2?
Mummy Hadif yang cute! Both mother n son. Anor sudah mula gila dengan barangan bayi! Kecil lincah dan bergaya!

Settle hutang Melor!

Ni plak Tag dari KAK AIDA dan HARRIS (soalan lebih kurang sama)

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

Badge nye dah lama aku letak dah. Tapi soalan2 nye baru ni nak jawab.

Yang beri aku tag ni adalah kak aida dan Harris. Aku rasa Kak Aida dan Harris kasi aku badge ni sebab mungkin dia tengok aku ni cute kot! (padahal tak terlintas lansung di kepala mereka yang Fadh seorang yang cute).

Kak Aida seorang peniaga tudung dan kain secara online. Sape nak beli.. bleh masuk kedai kak aida.

Harris plak ahli fotografi yang berpengaruh besar di KPYPJ. Kalau bertemu dengan dia... asyik nak control macho je sebab ada kebarangkalian akan disnap! hahaha

Fakta mengenai aku.

1) Size kaki aku 9. Susah gile nak cari kasut!

2) Sangat selalu selsema. Sebab tu nama blog aku "Aku Yang Selsema".

3) Aku sangat suke beli sabun pencuci. Tak kira laa jenis pencuci untuk tujuan apa.. semua aku beli. Sabun basuh baju... pencuci lantai, toilet, cloroc, varnish, easy of bang... semua ada.. termasuk pemberian Anor yang sangat magic - Basic H Shaklee... ni pun bakal aku beli bila stok sudah berkurangan!

4) Walaupun menghampiri usia 30 tahun, jerawat aku kadangkala seperti aku masih muda remaja! Bencik!

5) Aku selalu rindukan kawan2 dan suasana di tempat kerja lama aku. MMU Cyberjaya.

6) Sangat kuat berangan untuk meng"itu ini"kan rumah. Tapi angan2 hanya angan2. Haha. No money no talk!

7) Kuat merayap! Habit yang susah ditinggalkan!

8) Tak suka memeningkan kepala dengan masalah. Do not take ur life too seriously!

9) Dulu aku semput. Skang dah tak. Bleh melantak pulut sepuasnya. Hehe.. Standy by jer laa inhaler!

10) Aku ni tangan panas kot! Aku cuba nak buat kebun kat tanah belakang umah tuh, banyak yang mati dari idup laa! Musykil aku!

Sapa yang aku nak tag semula ek? 10 plak tuh. 4 jer laa ek.

Padan muka pada mereka2 ini.
1) Nani
2) Uncle Halim
3) Keh
4) Kalau aku nak Tag Dr M bleh tak? Che Det... Anda kene tag! hehe

yeaaa.... settle hutang!

Tuesday, March 10, 2009

Lumah Lu Banyak Ong!

Isu ta*k anjing yang aku hanginkan dulu tak settle lagi rupanya... selesai masalah tah* hanjeng kat porch depan... dia pindah ke tanah belakang pulak!!!

ni dah kali ke3 aku kene buang ta*k hanjeng tuh... dah jadi satu keje plak! aku dah curah air cloroc dah.

Aku tanya ngan jiran sebelah umah aku... ada tak hanjeng membuang tinjanye kat situ, dia kata tak ada pulak.

Dia siap cakap umah aku banyak ong pulak. Onga jadah nye hanjeng berak kat umah! Najis laa nyonya oooiii!! Bukan najis muhaffah ke apa.. ni najis munghallazah tau!

Thursday, March 5, 2009

Blog Mengenai Penyusuan Badan

Aku seorang yang sangat menyokong penyusuan badan nih. Macam2 khasiat yang tak dapat ditandingi oleh susu yang paling mahal dalam dunia sekalipun.

Pada rakan2 mahupun pengunjung blog ini, sila lawati blog penyusuan ini untuk mendapatkan pelbagai info dari segi cara penyusuan, pemakanan, peralatan dan penyimpanan terkandung didalamnye. Masukkan dalam faveret list anda!

Hide your breast! Not Breastfeeding!

Wednesday, March 4, 2009

Akar Bakawali

Puas dah aku cari, akhirnya jumpa juga. Jauh! Kat jalan nak ke rengit sane aku jumpa.

Sian Fahim, termuntah terus bila menyusu. Pahit melantun rasanya. Tapi apakan daya, kene berhentikan jugak penyusuannya. Dah 2 tahun 3 bulan dah. Aku pun dah tak larat.

Malam tadi, bila Fahim terasa nak susu... dia cam cium2 je. "Adik nak cium jer..." Gian agaknye. Sian.....

(Fahim stop susu: 4 Mac 2009)

Happy Birthday My Laling!

Let, semoga panjang umo, murah rezeki, ditingkatkan keimanan dan dilimpahi keberkatan dari Allah. 31 tahun seh!

Monday, March 2, 2009

27 Februari 2000

surat kuning2 tuh! time ni mana ada email2 lagi

27 February hari tu... genap 9 tahun tempoh perkenalan aku ngan syed. 2 tahun bercinta, lepas tu 2 tahun putus... bertemu semula dan terus kawen. Hehe...

Tu pun aku baru perasan lepas baca semula surat2 cinta yang syed kasi dulu. Kalau tak.. haram tak ingat! Maklum laa.. kan ada putus jap masa tuh. Tapi at least.. aku simpan lagi khazanah2 yang orang tu kasik! hahaha

ada orang tuh... merajuk.. terus buang semua apa yang aku kasi. Kecuali selai t-shirt. Tu pun sebab dah sedap pakai.. sayang nak buang.