Monday, March 30, 2009

Hutang Tag Dibayar Tag

Sebelum hutang2 tag aku makin menimbun, baik aku settlekan sket2... kang makin bertimbun.. lagi takde masa nak bayar.

Pada pemberi tag. Sorry laa lambat jawab. Pada yang ada niat yang nak tag aku, hehe... jangan laa tag lagi. Nanti tak jawab takut kecik ati. Hehe

Ni Tag Dari MELOR:

1. Do you think you're hot?
Yes... hot n spicy lagi! hahaha

2. Upload your favorite picture of you.

3. Why do you like that picture?
Sebab gedik! haha.... ala2 posing untuk myspace or friendster laa.. amik gambo sendiri dari atas! geli seh!

4. When was the last time you ate pizza?
4 Mac 2009. Besday my laling!

5. The last song you listened to?
Ungu - Andai Ku Tahu (Emo dengan lagu ni sebab follow blog Fajaril (read recommended!) yang sangat menyentuh naluri keibuanku)

6. What are you doing now besides this?
Garu hidung!

7. What name would you prefer besides yours?
Morisette (Fadhilah Morisette) hehe

People I tag:
1. Kafi
2. Anor
3. Ku Nizam
4. Harris
5. Syed Syahrul Zarizi

8. Who is number 1?
Mamat multi language. Tapi tak seorang pun paham akan apa butir percakapannye. Hehehe. Seorang yang kuat bekerja dan kadangkala berotak sedikit kuning! hahaha

9. Number 3 is having relationship with?
Entah laa.. dah bape kali aku nak kenenkan ngan kenalan aku.. last2 dia sound camni kat aku... "hang ingat aku ni dah tak reti cari perempuan kaa?"

10. Say something about number 5
The man that I addicted to! hehe.. madly, truly deeply do!

11. How about number 4?
Cikgu fotografi yang terkenal di KPYPJ

12. Who is number 2?
Mummy Hadif yang cute! Both mother n son. Anor sudah mula gila dengan barangan bayi! Kecil lincah dan bergaya!

Settle hutang Melor!

Ni plak Tag dari KAK AIDA dan HARRIS (soalan lebih kurang sama)

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah di tag.

Badge nye dah lama aku letak dah. Tapi soalan2 nye baru ni nak jawab.

Yang beri aku tag ni adalah kak aida dan Harris. Aku rasa Kak Aida dan Harris kasi aku badge ni sebab mungkin dia tengok aku ni cute kot! (padahal tak terlintas lansung di kepala mereka yang Fadh seorang yang cute).

Kak Aida seorang peniaga tudung dan kain secara online. Sape nak beli.. bleh masuk kedai kak aida.

Harris plak ahli fotografi yang berpengaruh besar di KPYPJ. Kalau bertemu dengan dia... asyik nak control macho je sebab ada kebarangkalian akan disnap! hahaha

Fakta mengenai aku.

1) Size kaki aku 9. Susah gile nak cari kasut!

2) Sangat selalu selsema. Sebab tu nama blog aku "Aku Yang Selsema".

3) Aku sangat suke beli sabun pencuci. Tak kira laa jenis pencuci untuk tujuan apa.. semua aku beli. Sabun basuh baju... pencuci lantai, toilet, cloroc, varnish, easy of bang... semua ada.. termasuk pemberian Anor yang sangat magic - Basic H Shaklee... ni pun bakal aku beli bila stok sudah berkurangan!

4) Walaupun menghampiri usia 30 tahun, jerawat aku kadangkala seperti aku masih muda remaja! Bencik!

5) Aku selalu rindukan kawan2 dan suasana di tempat kerja lama aku. MMU Cyberjaya.

6) Sangat kuat berangan untuk meng"itu ini"kan rumah. Tapi angan2 hanya angan2. Haha. No money no talk!

7) Kuat merayap! Habit yang susah ditinggalkan!

8) Tak suka memeningkan kepala dengan masalah. Do not take ur life too seriously!

9) Dulu aku semput. Skang dah tak. Bleh melantak pulut sepuasnya. Hehe.. Standy by jer laa inhaler!

10) Aku ni tangan panas kot! Aku cuba nak buat kebun kat tanah belakang umah tuh, banyak yang mati dari idup laa! Musykil aku!

Sapa yang aku nak tag semula ek? 10 plak tuh. 4 jer laa ek.

Padan muka pada mereka2 ini.
1) Nani
2) Uncle Halim
3) Keh
4) Kalau aku nak Tag Dr M bleh tak? Che Det... Anda kene tag! hehe

yeaaa.... settle hutang!

6 comments:

  1. wahh!! zaman semakin jauh berkembang mekar.. dulu2: hutang darah dibayar darah; skang hutang tag dibayar tag. tp kalau hutang banyak perlu dibayar banyak la.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. bagus2...cepat jwb...tp kena tag blk pulak! huhu

    ReplyDelete
  3. woi, aku baru je jawab kaff punye! huhuhuhu! Tak kena jawab lagi kan! hahahaha!

    ReplyDelete
  4. ada ke aku dikatanya otak kuning..hanya kekuningan bila bergaul dengan fadh je..muahaha

    ReplyDelete
  5. muahahaha.. jawab! jangan tak jawab! halim.. ko jangan nak ngelat! sekurang2nya cut and paste diterima. hehehehe

    ReplyDelete