Thursday, April 16, 2009

Apa Ada Dalam Beg Anda

Cam excited nak jawab Tag dari Fara nih... sebab dalam beg aku ada macam2 benda merepek. Lipas mati jer takde...

1. find a very safe place
rumahku syurgaku... with my husband n kids

2. take a picture of your current handbag and its content
handbag cap ayam.. dah barai pun kalau tengok betul2...

3. reveal all the items in your bag
Now u will know why i named this blog "Aku Yang Selsema". Sapu tangan "mokus" itew! hihik!
Timberland tipu. Sebelum beli purse ni.. aku dah terbeli purse kulit babi. Cilakak!
Partition 1:
Broucher Investment Bank Islam, Buku Nota dari zaman aku anak dara tuh (no tepon n address boyfriend lama pun ada lagi dalam tuh), business card taylor, losyen, jamu untuk kesihatan dalaman.. hehe and last tube tu adalah ubat sakit mata.
Partition 2:
Serbuk inai pun ada dalam beg aku ek... bookmark keagamaan sebab derma kat giant, paint killer n ubat demam, Zam-Buk (digunakan untuk saat2 kecemasan sebab hero2 aku tu kan active... benjol laa. lebam laaa), Flyers homeophaty pasal ubat minda tuh dan bekas business card.
Partition Rahsia (zip tengah):
Buku Klinik Panel Company, Buku Bank Rakyat, Buku Tabung Haji, duit yang nak dimasukkan ke akaun tabung haji tapi tak masuk2 lagi, voucher tesco, kertas2 yang aku print pasal petua pendidikan anak2, pen, sampul raya standby untuk salam keruk dan juga roti wanita. :P

Zip Tepi:
Kad Library Haziq n Fahim, Plaster untuk kecemasan, tiket bas kenangan (1st time naik bas ngan syed.. simpan woo tiketnye), lipstik pelbagai kaler dan juga keychain yang kafi kasi.

4. the must have items in your bag?
Most of the items above including my hp. Tapi hari ni handphone dalam poket seluar. Terus lupa nak amik gambo.

5. the most embarrassing item?
Ubat buasir.. hahahaha

6. the tiniest item?
Pendrive... takde dlm gambo.. tengah pakai kat PC.

7. tag as many people as you like:
Kafi, Anor, Kak Fazlin, Ezul, Ayu MMU, Ain MMU,Halim, Haris & Pak Ya (pak ya ada blog tak?)
(***tak jawab SIAP!)

Monday, April 6, 2009

Spelling



hehehe.. Ti kete ti kete... Kete :p

Futsal Bidan Terjun

Tak penah² aku main futsal, sekali kene main atas pujukan Haris n Fiza. Kalau saja² tu ok lagi.. ni pertandingan sukan antara HQ Club plak tuh. Gila ke hapa?

Dengan berbekalkan zero pengalaman dan bertemankan pakwe kecikku yang bernama Haziq... aku bantai jer main. Rupanya syok jugak ek main futsal ni. Dulu aku memang ada keinginan untuk main. Tapi takde geng. Lepas ni kalau ada yang ajak joint... aku tak akan tolak kot. Memula jer jual mahal. Hehe

Abis game, dengan eksennye aku sms syed. "huhu... no 3 tu futsal."

*** Benda pertama yang syed cakap masa masuk kete...No. 3 dari 3 group kan?

Hahaha..camner dia tau aaa? Baru nak eksen dengan suami.

Extravaganza tuh... jangan main².. hihik

Team Bahagian Pentadbiran.
Pakwe yang menemani aku.
Kitorang menang gaya tau! :P
Susun strategi beb!
Kan aku dah cakap, kami menang gaya.
Amacam? Ada brani lawan?
Madle & Piala Pusingan
Mak dan anak yang kepanasan.
Anugerah pemain paling fotogenik dimenangi oleh ADIK!!!!

Mari Memasak Sesi Ke 2

Kalau dulu kitorang buat kuih raya masa bulan puasa dulu, untuk sesi kali ini, kitorang masak makanan untuk lunch bersempena hari menge"test" periok nasi anor yang baru pulih dari kerosakan.

Agenda kali ini adalah memasak ketam masak lemak menggunakan periuk nasi.

Lepas ni... nak masak apa pulak ek!

Inilah ketam yang menjadi santapan kami... 9 ekor semua skali
Proses menyiang ketam.
Ketam yang sudah dibersihkan.
Tak ada lesung, hammer pun berguna juga! hehe
Bahan2: Cili api, bawang besar dan kunyit hidup (blender), serai, santan dan asam keping.
Kelas masakan paling kewl.. masak sambil mencangkung. Mujur tak jadi ketam kangkang! :P
Ketam yang siap dimasak.
Anor sedang menceduk nasik.
Lauk sampingan sayo sawi n telur dadar yang diimport dari warong Mak Yah.
Burppppppppppp... Alhamdulillah!

*** Gambar sumbangan Kedai Gula-Gula

Friday, April 3, 2009

Setahun di Percetakan YPJ

Diam tak diam, rupanya dah setahun dah aku keje kat CETAK ni. Alhamdulillah, aku happy keje kat sini dengan rakan2 yang bleh tahan kegonjolannye... terutamanya Kafi n Anor.

Awal2 dulu, aku memang agak sedih laaa sebab memula aku masuk sini... internet takde... keadaan opis pun, ala2 dolu2... mati kutu aku dibuatnya. Pastu bila internet dah ok, slow pulok.... tapi alah bisa tegal biasa.. lama2 dah tak kisah dah.


Dalam jangkamasa setahun tuh... aku boleh katakan yang aku enjoy keje kat sini. Officemate aku semua baik2 belaka dan kat CETAK ni.. kurang dan boleh dikatakan takde politik isue. Takde nak dengki2.. nak report2 ke apa... semua berpakat. Tu yang seronok kerja tuh.

Walaupun masih ada sisa kesedihan berhenti keje kat MMU, tapi rasanya sudah terubat juga kesedihan tu dengan keseronokan di sini. Cumanya aku tak dapat ke IKEA or ke One Utama je laa.. kat KL and Selangor kan shooping complexnye jauh lebih happening. Hehe. Tapi, kat sini... banyak tempat makan yang murah dan sedap. Antara warong kegemaran aku kat sini ialah warong mak yah, warong smart auto n warong pokok. Makanan memang cafe2 and restoran2 kat cyberjaya tak leh lawan. Paling best kat sini ada cendol yang sedap bangat yang tak pernah aku jumpa kat KL. Tapi penjual cendol ni pakai spender tau! hehehe

Kat CETAK ni jugak laa.. macam2 aktiviti yang aku tak pernah buat masa kat tempat kerja lama yang aku buat kat sini. Buat kuih masa hari raya, ikut perakan Maulidur Rasul (makan dalam dulang lagi!) dan yang terbaru ni... kitorang main masak2 kat bilik expose plate. Hehe. Memang seronok!

Walaupun gaji aku drop banyak masa berhenti dari tempat kerja lama, tapi sebenarnya pengalaman itu mengajar aku untuk lebih berusaha. Sekarang ni aku dah mula amik tempahan kad kawen, buat banner n bunting dan juga sticker. Dapat laa aku mendapatkan pendapatan sampingan.

Aku bersyukur juga dengan kehidupan aku sekarang. Sekurang-kurangnya, KPYPJ telah selamatkan aku dari kerja kilang puaka tu dulu. Thanks to Cetak!

Thursday, April 2, 2009

Hutang Tag Dibayar Tag Version 2

Waduh waduh... aku ditag lagi oleh Melor. Nanti ko Melor. Kak Fadh akan cari soalan yang very the power untuk Tag Melor dan rakan2. Hehehe

Rules:
It’s harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours, and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real…nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

  1. What is your name : Fadh
  2. A five Letter Word : Funny
  3. A boy’s Name : Fahrin Ahmad (Siap ngan nama bapak)
  4. A girl’s Name : Fisya (suka nama sekarang ni)
  5. An occupation : Freelance Designer
  6. A color : Fink! hehehe
  7. Something you’ll wear : Fenties! :P
  8. A food : Fishball
  9. Something found in the bathroom: Feminin Hygin (shy i)
  10. A reason for being late : Family Business
  11. Something you’d shout : F**k Off!!!!
  12. A movie title : Final Fantasy
  13. Something you drink : Feteh Fata rikfik (Teh Tarik..bahasa Fa Fa Fa)
  14. A musical group : Foo Fighter
  15. An animal : Flamingo
  16. A type of car : Faldina ( Toyota Caldina - tak minat Ferarri)
  17. The title of a song : Forgive me (ada ke lagu tajuk nih)
Mangsa seterusnya: Ayu, Ain, Kak Shidah, Adik Zurina, Lintau Cenget!