Friday, April 3, 2009

Setahun di Percetakan YPJ

Diam tak diam, rupanya dah setahun dah aku keje kat CETAK ni. Alhamdulillah, aku happy keje kat sini dengan rakan2 yang bleh tahan kegonjolannye... terutamanya Kafi n Anor.

Awal2 dulu, aku memang agak sedih laaa sebab memula aku masuk sini... internet takde... keadaan opis pun, ala2 dolu2... mati kutu aku dibuatnya. Pastu bila internet dah ok, slow pulok.... tapi alah bisa tegal biasa.. lama2 dah tak kisah dah.


Dalam jangkamasa setahun tuh... aku boleh katakan yang aku enjoy keje kat sini. Officemate aku semua baik2 belaka dan kat CETAK ni.. kurang dan boleh dikatakan takde politik isue. Takde nak dengki2.. nak report2 ke apa... semua berpakat. Tu yang seronok kerja tuh.

Walaupun masih ada sisa kesedihan berhenti keje kat MMU, tapi rasanya sudah terubat juga kesedihan tu dengan keseronokan di sini. Cumanya aku tak dapat ke IKEA or ke One Utama je laa.. kat KL and Selangor kan shooping complexnye jauh lebih happening. Hehe. Tapi, kat sini... banyak tempat makan yang murah dan sedap. Antara warong kegemaran aku kat sini ialah warong mak yah, warong smart auto n warong pokok. Makanan memang cafe2 and restoran2 kat cyberjaya tak leh lawan. Paling best kat sini ada cendol yang sedap bangat yang tak pernah aku jumpa kat KL. Tapi penjual cendol ni pakai spender tau! hehehe

Kat CETAK ni jugak laa.. macam2 aktiviti yang aku tak pernah buat masa kat tempat kerja lama yang aku buat kat sini. Buat kuih masa hari raya, ikut perakan Maulidur Rasul (makan dalam dulang lagi!) dan yang terbaru ni... kitorang main masak2 kat bilik expose plate. Hehe. Memang seronok!

Walaupun gaji aku drop banyak masa berhenti dari tempat kerja lama, tapi sebenarnya pengalaman itu mengajar aku untuk lebih berusaha. Sekarang ni aku dah mula amik tempahan kad kawen, buat banner n bunting dan juga sticker. Dapat laa aku mendapatkan pendapatan sampingan.

Aku bersyukur juga dengan kehidupan aku sekarang. Sekurang-kurangnya, KPYPJ telah selamatkan aku dari kerja kilang puaka tu dulu. Thanks to Cetak!

3 comments:

  1. Pada pendapat aku, dlm pekerjaan ni, gaji tu no.2 tp yg penting pg2 kita happy gi keje...tp klu 2 2 tu x ok...camla lak eh?

    ReplyDelete
  2. ni boleh ucap hepi anniversary tak nih? ^_^

    ReplyDelete
  3. Kehadiran Fadh memang meng'gerek'kan lagi suasana kat cetak KPYPJ!

    ReplyDelete