Sunday, February 14, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Raya cina punye pasal... beratus2 kawan aku dalam FB.. semua OFFLINE! giler aaahhh

Thursday, February 11, 2010

Kumpulan Innovasi Kreatif

The presenter
Again.. the presenter
the tukang tekan enter.. hehe.. jaga slide
The winner
The award
the....ermmm.. mother je lah

Ni benda baru sepanjang melibatkan diri dalam dunia pekerjaan. Dulu masa kat MMU dan YPJ, takde plak KIK laa.. Innovasi laa.

Pada yang tak tahu KIK tu apa... ni penjelasan ringkasnye. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah satu kumpulan kecil pekerja dari tempat kerja yang sama atau bersifat silang fungsi berkumpul secara sukarela untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan seterusnya mencadangkan penyelesaian dan melaksanakan kepada masalah tersebut.

Aku ditarik masuk ke dalam kumpulan E-Tap. Yang mengambil sistem latihan mengajar yang kurang efisyen sebagai tajuk. Dan alhamdulillah, kumpulan E-Tap muncul sebagai juara peringkat UTM. Suko makcik. Orang baru laa katekan.. semangat lebey sket laaa.

Penat memang penat, kadang kene stay sampai malam, tapi yang penting aku seronok sebab dpt menambahkan pengetahuan dan merapatkan hubungan persahabatan.

Wonder 6 (4 =2)

Mitra sedang mengoffer pada pejal n haizad saham 3 juta.
Haizad sedang membuat pertimbangan.
Pagi gi bertanding KIK. petang bedal sandwich n icecream kat tepi tasik

2 ahli tambahan yang tidak rasmi

Ni geng group aku masa induksi. Tapi yang best nye... group kitorang close walaupun dah abis induksi. Dari sesi ngeteh sampai laa ke sesi dinner bersama. Seronok. Moga ikatan persahatan ni akan terus berkekalan sampai kite tua.

Syed cakap..mana ada orang tanam pokok pisang depan umah

Pokok Pisang Serendah kesayangan aku. Hehe.. (The soft part of me)
Yang keding2 panjang ni pun aku suke gak.. jenis pokok air yang tak betapa berair..hehe..

Tada.. lihatlah jantungku.. kata pokok! Gambo diambil ketika aku nak ke opis. Kuar kol 6.45.. tu yang gelap lagi...
Indahnya ciptaan Allah

Ahhh... aku bukan tanam pokok pisang biasa. aku tanam pokok pisang serendah. Yang jantungnye pink naik ke atas. Bukan senang nak jumpa pokok pisang ni. Ni pun aku mintak pada orang YPJ masa keje kat Kolej Komuniti dulu.

Setelah berbulan2 pokok pisang aku diperkotak katikkan oleh Syed, akhirnya jantungnya keluar juga. Dari 2 pokok. sekarang dah biak jadi 6 pokok.. dan akan membiak lagi nanti tuh... Hidung aku terkembang bangga dan hatiku juga berbunga2.. indahnya ciptaan Tuhan.

Kisah Anak

Kisah 1
=====
Fahim sibuk nak ke Tesco, aku pun bawak laa dia ke sana. Mungkin sangat gembira mamanya nak bawak ke Tesco, dia pun melahirkan rasa gumbiranya dengan ayat di bawah.

Fahim: Mama, mama memang mama yang baik. Nanti mama mati, Fahim bacakan mama doa ekkk..."

Aku: Gulp!!

Kisah 2
=====
Adakalanya, Fahim akan offer tak payah hantar dia ke depan pintu nursery, hanya turunkan dia di parking dan kemudiannya dia akan jalan sendiri menaiki tangga terus ke taska. Jaraknya tak jauh mana pun, tapi cukup untuk menunjukkan yang dia sudah mula berdikari.

Tapi satu hari tuh, aku dah terlewat ke pejabat dan aku perlu cepat. Aku cakap pada Fahim, boleh tak dia jalan sendiri sebab mama dah lambat. Mungkin mood dia tak ok hari ni, dia minta aku hantar dia sampai ke muka pintu. Aku pujuk lagi dan dia tanak juga. Last2.. dia kuarkan statement yang membuatkan aku kene hantar dia ke depan pintu.

Fahim: Abis tuh.. kalau mama tanak hantar Fahim.. kalau ada kete langgar Fahim macamane?

Terpaksa laa aku hantar gak walaupun aku tau tak ada kete kat situ. Psycho betul!