Friday, November 28, 2008

Warga Emas

Huh? Warga emas? Siapa tuh?
Hehe.. anak aku rupenye!
Anggota Warga Emas Termuda di Malaysia.

Monday, November 24, 2008

Uncle Kafi

Aku terpaksa datang office untuk siapkan job buku Sekolah Kempas yang tak siap2 nih. Anak dan suami aku heret bersama. Kafi, colleague ku juga datang ke office untuk tujuan yang sama. Menyiapkan kerja2 design yang tak putus2 sampai kami pun rasa cam nak putus urat nih.

Haziq n Fahim seperti biasa menjadi kanak2 yang konon2 periang dan peramah. Sibuk aku panggil Kafi, Fahim pun panggil sama. Kafi. Takde uncle. Melekat sampai ke rumah sibuk tanya Kafi.

Yang aku tak tahan, sebelum tido seperti biasa aku cakap laa yang aku sayang pada Haziq n Fahim.

Aku : Haziq, Fahim... mama sayang kat Haziq n Fahim tau.

Haziq : Abang pun sayang ngan mama, ngan let, ngan A'im ngan kite (sayang diri sendiri)

Fahim : Atok? Nenek? Along? Acu?
(semua untuk soalan ini aku jawab sayang.. tapi untuk soalan last tuh aku tak tergamak nak jawab.. )

Fahim : Kafi?

Hahaha.. dah kenapa anak aku? Soalan leh buat gaduh laki bini tuh kalau salah jawab.

p/s: Let, I love u bebeh! (cover)

Monday, November 17, 2008

Gedik

hahaha.. gedik kan!

Friday, November 14, 2008

Aku nak racun HANJENG itu!

***info: Aku duduk umah mak aku kat BBU sepanjang pemergian mak aku ke tanah suci. Jadi umah aku tinggal kosong untuk sementara.
Aku rasa macam nak bunuh anjing la. Dosa tak ek? Ada anak anjing yang jiran aku bela ni, suka sangat berak kat umah aku. Bukan luar umah tau! Ni kat tepi porch umah aku. Dah ler Haziq n Fahim suke sangat main kat area tuh.

Tahap kesabaran aku mula berada pada tahap hidung. Aku dah cakap kat Syed aku macam nak letak racun jer. Umpan kat makanan. Biar mampos. Tapi kesian plak. Dah perangai anjing camtuh. Abis tuh, takkan aku nak gi sound jiran aku tuh. Kang masam2 muka plak. Ari tu Syed dah maki hamun dah anjing tu masa kantol dia berak kat umah aku tuh. Ingatkan anjing liar, rupenya anjing jiran kami yang takde kesedaran hidup berjiran tuh. Syed maki sket punye baeeeek. Kuat plak tu katanya. Memang tuannya dengarlah. Bila anjing tu lari, terus masuk umah dia. Dia buat dek jer yang anjing dia dah buat taik kat umah orang. Bangang punya ce ye nun alif!

Ni, anjing celaka tu berak lagi. Kali ni bukan selonggok, malah dah mula berlonggok2 taik dia kat tepi umah aku. Arghhh... geramnye aku.

Oleh kerana aku tak dapat nak lepaskan perasaan sakit hati aku kat jiran aku yang bodo tuh.. jadi aku lepaskan kat blog je laa jawabnye.

Apa harus aku buat? Pasang jaring langkah pertama! Patutkah aku gi cakap kat jiran aku yang pengor itu?

Sunday, November 9, 2008

Gara2 nak kurus

Aku tak tahu dah kenapa dengan aku ni. Mungkin kerana takut gemuk, aku mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan.

Sebenarnya, perkara yang membuatkan aku teruja sangat nak kurus ni sebab aku jeles ngan Melor (Founder Moley Garden). Geramnye aku melihat dia berkurung modern dalam gambar raya CMEAD dengan perut yang kempis beserta pinggang yang ramping! Sedangkan aku bila berkebaya atau berkurung modern, berlipat2 bahagian abdomen aku yang LEBIH kempis dr Melor suatu ketika dulu. Arghhhhh!!!

Jadi, aku memotivasikan diri aku supaya turunkan berat badan macam Melor! (kak fadh bukan cemburu ke arah keburukan tau! Jadi sumber inspirasi)

Oleh kerana aku inginkan hasil yang cepat (sebab aku malas nak senam), aku pun dengan beria beli JAMU ASBAB dengan harapan bleh mengempiskan perut dan kuruskan badan. Aku tunjuk kat Kafi. Kafi pun cam terkejut dengan tindakan poyo aku beli jamu tuh. Dia kata aku lebih rela berak dari senam. Ye... mulanya aku lebih rela berak2...

Aku minum jamu tu pada siang hari. Sampai nak waktu balik, aku cakap kat Kafi, apsal aku tak sakit perut pun. Patut minum jamu tuh akan sakit perut dan berak2. Dalam email diari isteri juga, aku cakap benda yang sama. Siap aku buat assumption yang agak poyo yang aku ni tak berlemak agaknye. Tu yang tak berak. Hahaha.. poyo kan!

Tapi!!! Bila bulan menampakkan dirinya, perut aku mula terasa tegang. Lepas tu terasa memulas2 manja yang aku rasa ok lagi. Tak lama lepas tu... perut aku memulas2 gile yang membuatkan aku mencecet masuk toilet! Ishh!!! Sakit gile perut aku... dah macam contraction nak beranak! Mujur daya kemutan aku berada dalam kondisi cemerlang! Jadi tak terlepas kat panties. Hihik! Aku selamat.

Tu peristiwa buangan pertama. Kemudian, kami sekeluarga membuat gerakan ke umah mertua aku kat Taman Rinting. Peristiwa sama berulang. Sewaktu membeli makanan, rasa memulas datang dengan lebih drastik. Aku dah menggigil menahan tinja, tanpa segan silu, aku melepaskan hajatku di toilet restoran itu.

Arghh... peluh jantan aku dah keluar. Lutut aku juga semakin lemah sedangkan perut aku semakin menjadi2 pintalan dan pulasannya. Sampai umah mertua, dari jauh aku dah call mintak tolong bukakkan gate. Sampai depan gate, aku terus turun kereta tanpa sempat nak salam, ke toilet juga yang aku tuju. Sesi pembuangan tinja masih berlaku 3 ke 4 sesi selepas itu. Aku dah kepenatan dengan wajah yang sedikit pucat. Dan dalam keletihan dan kesakitan itu juga, sempat aku tanyakan soalan bodo pada laki aku. Kalau aku gemuk, dia sayang kat aku tak? Dia cakap dia sayang. Haha.. tak tau laa betul2 ikhlas dr hati ke tak kan.... :P

Arghhh.. aku serik. Aku tanak makan jamu ASBAB lagi. Gemuk pun gemuk laa. Baru aku sedar kebenaran kata2 Kafi. Senaman lagi berkesan dari berak2.

Kini, aku nak ubah pegangan untuk kurus. Aku lebih rela senam dari berak!

Semalam aku jogging pakai alat jogging mak tuh 5 minit tau!

Saturday, November 8, 2008

Cuti Blogging

Aku akan cuti buat seketika untuk mengupdate blog ni sebab banyak keje. Tapi kalau gian nak berblogging datang, akan ku update jua!

Me and My Man!

Sape lagi ensem? Bapak ke anak?
Aku balik umah. Ada orang tu perli, aku puji lelaki lain. Jejaka idaman malaya laa.. macam2. (Rujuk posting Lupa Janji) Pandai jeles rupenye.

Eleh let. Itu pun nak emo. (konon nak bermanja .. ahaha)
Untuk mengambil atinya, ye laaaaa.... orang buat laa entry untuk let.
Inilah dia endut saya yang saya tergila-gilakan suatu ketika dulu. (Lihat gambar. Lelaki berbaju batik) Kami bercinta 2 tahun, kemudiannya putus. Setelah 2 tahun berpisah, kami sambung bercinta semula pastu tunang 3 bulan terus kawen. Panjang sangat laa kalau nak cerita kenapa putus dan macamana jumpa smula tuh. Biarlah kitorang jer yang tahu. Hehe.

Aku pun tak tahu apa benda yang aku syok sangat kat syed ni. Dulu masa 1 sem sejak pertama kali kenal dia... memang aku jadi secret admire dia laa konon. Aku yang ngorat syed weh! Gatal ek. Tapi takpe laa.. dah jadi laki aku pun!
Masa tu, aku hanya jadi peminat dalam diam jer. Abis... aku kem salam, dia kem salam balik. Aku kem salam lagi, dia pun kem salam kat aku semula. Takat tuh jer. Takde tindakan lanjut. Jadi takde apa2 hubungan laa masa tuh. Tapi aku memang suke kalau nampak dia. Mula laa aku nak control2 jalan laa.. buat2 muka ayu laa.. haha.. geli seh kalau ingat. Sampaikan masa duduk umah sewa kat Jalan Kuning, Taman Pelangi dulu... aku bela kucing, dengan kucing2 tu aku kasi nama Syed. Syed pulak kalau nampak aku.. muka dah tak tentu arah. Tengok kiri laa.. kanan laa... haha.. serba tak kene. Malu! (dulu laaa malu... ayat sambung sendiri pada yang berkenaan)

Hanya setelah tahun akhir baru kitorang couple. (istilah muda remaja dulu) Tu pun member aku yang tolong make an action. Aku jumpa tepon no tepon syed dlm buku PBSM Nolie. Aku salin nombor tuh then mintak tolong Asruzien call kan. Asz ngan coolnye telah membuat panggilan dan panggilan tu dijawab oleh Arwah ayah Syed.
"Bleh cakap ngan Syed?" Asz mulakan perbualan. Arwah jawab yang kat umah ni semua nama Syed. Syed yang mana satu tanyanya. Hehe. Betul gak. Titik permulaan situ laaa percintaan kami. Kalau bukan Asz yang tolong mulakan, aku rasa aku dah kawen ngan Tokey Kedai Gambar Cyberjaya kot. Hehehe. Saje bikin laki aku panas.
Pada 19 Disember akan datang ni, genap laa usia perkahwinan kami yang ke 5 tahun. Macam2 dugaan datang dan alhamdulillah kasih sayang kami tetap utuh. Ada laa gaduh2 tuh. Tipu laa kan tak gaduh!
Dah! Abis cerita. Keje banyak ni. Jangan nak jeles2 plak. Orang sayang kat dia laaaa! Nyampah!!

Thursday, November 6, 2008

Lupa Janji

Aku janji ngan Ku Nizam untuk jumpa masa kat wedding Rahim. Tapi entah macamana sebab terlalu leka mengemas barang2 yang perlu dibawa ke Uda, aku terlupa janji tuh. Kol 2 lebih, Ku tepon aku dengan nada suara yang dah bengang aaa konon. "Hang kat mana?"... Haha... sorry laa bro.

So.. untuk mengcover rasa bersalahku.. aku upload laa gambo ngan jejaka idaman Malaya datang dari Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam dan kini bekerja di Multimedia University sebagai seorang Graphic Designer yang gempak dan photographer yang meletup abad ini.

Untuk keterangan lanjut, jangan segan2 email pada aku. Haha... This guys... i'm highly recommended! Sape nak? Cepat!

(Ku, jangan marah no...blog aku... sukati laa aku nak tulis apa.. ahaha)