Monday, November 24, 2008

Uncle Kafi

Aku terpaksa datang office untuk siapkan job buku Sekolah Kempas yang tak siap2 nih. Anak dan suami aku heret bersama. Kafi, colleague ku juga datang ke office untuk tujuan yang sama. Menyiapkan kerja2 design yang tak putus2 sampai kami pun rasa cam nak putus urat nih.

Haziq n Fahim seperti biasa menjadi kanak2 yang konon2 periang dan peramah. Sibuk aku panggil Kafi, Fahim pun panggil sama. Kafi. Takde uncle. Melekat sampai ke rumah sibuk tanya Kafi.

Yang aku tak tahan, sebelum tido seperti biasa aku cakap laa yang aku sayang pada Haziq n Fahim.

Aku : Haziq, Fahim... mama sayang kat Haziq n Fahim tau.

Haziq : Abang pun sayang ngan mama, ngan let, ngan A'im ngan kite (sayang diri sendiri)

Fahim : Atok? Nenek? Along? Acu?
(semua untuk soalan ini aku jawab sayang.. tapi untuk soalan last tuh aku tak tergamak nak jawab.. )

Fahim : Kafi?

Hahaha.. dah kenapa anak aku? Soalan leh buat gaduh laki bini tuh kalau salah jawab.

p/s: Let, I love u bebeh! (cover)

4 comments: