Saturday, November 8, 2008

Me and My Man!

Sape lagi ensem? Bapak ke anak?
Aku balik umah. Ada orang tu perli, aku puji lelaki lain. Jejaka idaman malaya laa.. macam2. (Rujuk posting Lupa Janji) Pandai jeles rupenye.

Eleh let. Itu pun nak emo. (konon nak bermanja .. ahaha)
Untuk mengambil atinya, ye laaaaa.... orang buat laa entry untuk let.
Inilah dia endut saya yang saya tergila-gilakan suatu ketika dulu. (Lihat gambar. Lelaki berbaju batik) Kami bercinta 2 tahun, kemudiannya putus. Setelah 2 tahun berpisah, kami sambung bercinta semula pastu tunang 3 bulan terus kawen. Panjang sangat laa kalau nak cerita kenapa putus dan macamana jumpa smula tuh. Biarlah kitorang jer yang tahu. Hehe.

Aku pun tak tahu apa benda yang aku syok sangat kat syed ni. Dulu masa 1 sem sejak pertama kali kenal dia... memang aku jadi secret admire dia laa konon. Aku yang ngorat syed weh! Gatal ek. Tapi takpe laa.. dah jadi laki aku pun!
Masa tu, aku hanya jadi peminat dalam diam jer. Abis... aku kem salam, dia kem salam balik. Aku kem salam lagi, dia pun kem salam kat aku semula. Takat tuh jer. Takde tindakan lanjut. Jadi takde apa2 hubungan laa masa tuh. Tapi aku memang suke kalau nampak dia. Mula laa aku nak control2 jalan laa.. buat2 muka ayu laa.. haha.. geli seh kalau ingat. Sampaikan masa duduk umah sewa kat Jalan Kuning, Taman Pelangi dulu... aku bela kucing, dengan kucing2 tu aku kasi nama Syed. Syed pulak kalau nampak aku.. muka dah tak tentu arah. Tengok kiri laa.. kanan laa... haha.. serba tak kene. Malu! (dulu laaa malu... ayat sambung sendiri pada yang berkenaan)

Hanya setelah tahun akhir baru kitorang couple. (istilah muda remaja dulu) Tu pun member aku yang tolong make an action. Aku jumpa tepon no tepon syed dlm buku PBSM Nolie. Aku salin nombor tuh then mintak tolong Asruzien call kan. Asz ngan coolnye telah membuat panggilan dan panggilan tu dijawab oleh Arwah ayah Syed.
"Bleh cakap ngan Syed?" Asz mulakan perbualan. Arwah jawab yang kat umah ni semua nama Syed. Syed yang mana satu tanyanya. Hehe. Betul gak. Titik permulaan situ laaa percintaan kami. Kalau bukan Asz yang tolong mulakan, aku rasa aku dah kawen ngan Tokey Kedai Gambar Cyberjaya kot. Hehehe. Saje bikin laki aku panas.
Pada 19 Disember akan datang ni, genap laa usia perkahwinan kami yang ke 5 tahun. Macam2 dugaan datang dan alhamdulillah kasih sayang kami tetap utuh. Ada laa gaduh2 tuh. Tipu laa kan tak gaduh!
Dah! Abis cerita. Keje banyak ni. Jangan nak jeles2 plak. Orang sayang kat dia laaaa! Nyampah!!

4 comments:

  1. pehh. eleh, org cakap je.... :) tenguk pahim. mana tak tumpah kuah kalau bukan dari walid dia.

    ReplyDelete
  2. kuah tumpah ke lantai! chino kutuk baju let! marah dia...

    ReplyDelete
  3. So sweet...happy becoming anniversary to both mama ngn let. ahahaha!

    ReplyDelete
  4. Teka teki dr fadh: sape yg stylo tp nama cam pakcik2!!.. kalau teror jwb lerk.. aku jawab dah betul dah!.. tul tak fadh? hehehehe

    ReplyDelete