Wednesday, December 17, 2008

Dilema Breastfeeding Mum

Aku sepatutnya menghadiri Kursus Induksi selama seminggu bermula pada 15 Dec 2008. Tapi aku tak pergi setelah membuat surat rayuan untuk dikecualikan pada kali ini.

Alasan yang aku gunakan bagi aku adalah sangat kukuh, iaitu aku menyusukan anak aku, Syed Fahim. Selain daripada masalah tiada penjaga sekiranya aku pergi kerana mak ngan ayah aku belum balik dari menunaikan haji.

Setelah mendapat kebenaran dari orang atasan yang bertanggungjawab dalam kursus ini, aku ingatkan kes aku minta dikecualikan ini settle. Rupanya orang lain plak yang bangkitkan isu ni masa meeting kat tempat kursus.

“Abis tuh, kalau menyusu 2 tahun, 2 tahun lah tak payah pergi kursus?” kata2 ini keluar masa dalam meeting.

Aku bukan nak kutuk ke apa... tapi pada aku, mereka yang perlekehkan alasan aku kerana menyusukan anak.. sebenarnya orang yang tiada kesedaran dan pengetahuan tentang kebaikan susu ibu.

Aku ingat lagi, Melor pernah cakap yang sekiranya majikan tak membenarkan pekerja yang menyusukan anaknya untuk pergi mengepam susu, pekerja itu boleh mendapatkan surat Doktor bagi memastikan proses mengepam dapat dijalankan. Dulu aku mengepam 3 kali pada waktu bekerja dan memakan masa lebih kurang 20-30 minit satu sesi. Yang pergi mengepam bukan aku sorang di department tu. Tapi 4 orang! Tu belum aku masukkan skali kakak2 dari department lain yang mengepam pada waktu dan tempat yang sama. (bagi mereka yang mengepam, mereka akan tahu masa2 mengepam. Aku malas nak cerita detail). Malah, boss aku ketika itu yang lelaki berbangsa India menyokong penuh dan memberi kelonggaran kepada kami untuk pergi mengepam. Pada ketika itu, kami mengepam di stor sebab kecoh kami keluar beramai2 ke surau . Tetapi Mr. David menyuruh kami mengepam di surau sekiranya keadaan di stor tidak selesa. Punye laa concern pada ibu2 yang menyusukan anak.

Aku bukan tak suke kursus2 macam ni. Masa zaman aku belajar dulu.. aku anggota Askar Wataniah okey!!! Camping2 pun memang aktiviti kegemaran aku. Setakat upceiling ker... obstacle apa pun.. aku tak gerun laa. Setakat ular tuh... aku leh letak kat leher laa...ular kecik laa tapi (tapi masa askar wataniah, cicak kobeng naik atas kepala, aku nangis!) Bukan nak cakap besar ke apa. Tapi aku memang seorang yang lasak! Aku pun bukan tak tahu keadaan kat tempat kursus tuh. Aku dah pergi dah masa belajar dulu. Memang best, memang seronok! Ada laut lagi!

Tapi skarang ni, aku dah ada anak. Menyusukan pulak! Takkan aku nak tinggalkan anak aku selama seminggu! Kalau 3 4 hari tu ok lagi... ni seminggu!

Lantak laa.. yang penting, aku nak capai objektif aku untuk susukan anak selama 2 tahun seperti yang disarankan dalam Islam.

Yang banyak bunyi tu.... anak korang susu badan sampai 2 tahun ker? Ke korang yang hisap susu untuk anak tuh?

12 comments:

  1. Sebenarnye.. org2 yang memberi komen pasal breastfeeding ni adalah org2 yang tak prihatin.. Org melayu.. biasalah.. pendengki.. susah nak mencari org2 yang support each other (tp takdelah ckp sume org melayu.. segelintir shj).. sebenarnye derang yg tak nak gi.. haha.. ape2 pun.. tabahkan hati kak fadh.. sesungguhnye pahala tuh susukan anak sampai 2 tahun.. mcm farah ni.. mesti discounted pahala.. sebab susu formula jeks.. hehe.. go kak fadh!!!

    ReplyDelete
  2. Sabar kak fadh,

    Ni la dugaan bile kita nk kasi anak yg terbaik. Ramai yg tak sedar kebaikkan susu ibu. Cuba tanyer diri sendiri.. kenapa Allah SWT menganugerahkan payudara yang boleh menghasilkan cecair putih bernama susu kepada wanita? Hak siapa susu itu? Hak anak...so selagi mampu, berdaya, berakal....cubalah penuhi hak anak yang kita sendiri lahirkan ke dunia tu. Supaya dia dpt menikmati apa yang sepatutnya die nikmati - susu ibu. Susunlah sederet formula milk brand ternama, takde yg setanding dengan susu ibu. Bagi yang tak berpeluang menyusu ibu kerana sakit atau mmg tade susu, mungkin sudah takdir Ilahi utk kita. InsyaAllah siapa tahu rezeki dari Allah utk anak kedua atau ketiga dan seterusnya Allah makbulkan niat kita untuk menyusu badan.

    Bagi yang sengaja mencari jalan, carik alasan untuk tidak memenuhi hak anak sendiri..anda mmg pentingkan diri sendiri dan sesalan bakal menanti suatu hari bila berkata pada diri sendiri "Ruginyer tak breastfeed dulu...". Yang penting niat. Sahaja aku menyusu anak aku supaya menjadi hamba yang taat kepadaMu Ya Allah dunia dan akhirat. Serta menjadi anak yang soleh/solehah. Kau peliharalah kesihatan dan keselamatan anakku ini. Aminnnn...(Boleh ker cipta niat untuk menyusu anak? Hehehe! Yang penting Allah TAHU)

    ReplyDelete
  3. Hmmm...mslh ckp org ni mmg slalu berlaku kat *****. Sbb aku pun slalulah kena. Sampai skrg aku dh malas nk tulis pasal org2 yg camni blog. Buat penat je, nanti perkara yg sama akan berulang jugak. Salah satu sebab, diaorg x merasa apa yg kita rasa, diaorg x alami yg kita alami...Org yg x diduga oleh tuhan ni mmg dia akan alpa.

    Jgn risau mamacool, cool jer...satu hari nanti apabila 'org' itu diduga dgn satu dugaan, baru dia akan sedar & paham...percayalah...

    ReplyDelete
  4. thanks pada kawan2 yang memahami.

    Fara & Melor: Bukan mudah untuk menyusukan sendiri anak kite sebenarnya. Sebab tu pada yang tak melalui, pandai gebang saja.

    Reds: Aku setuju, orang2 tu kadang2 pandai cakap saje. Action speak louder than words! kadang2.. yang menerima arahan lagi pandai buat keje dan lebih pandai menguruskan dari yang memberi arahan.

    ReplyDelete
  5. Sokong kak fadh 100%

    Walaupun kiter tak berkeluarga lagi but at least faham the whole situation.

    “Abis tuh, kalau menyusu 2 tahun, 2 tahun lah tak payah pergi kursus?" Bunyi cam sendirik yg takmo pergi...

    Pelik still ader org yg tak concern bout breast feeding nie sumer. Patut leh gubal undang2 for this matter. So hak ibu dan anak tak di perlekehkan.

    ReplyDelete
  6. Ermm.. Takpe fadh.. selalunya org yg keluarkan kata2 macam tu.. ternyatalah dia mmg takde kesedaran & pengetahun... bg dia, jadi ibu bapa ni sekadar jaga anak.. dr kecik sampai besar, cukup bg dia.nak bg info sket.. ketahuilah bahawa susu ibu yg terbaik utk anak.. mmg wajib kita menyusukan anak.. kecuali laa kalau kite ni sakit (yg takde kesedaran tu mmg takleh buat apa laaa..). Susu ibu yg terbaik penuh dgn khasiat dan zat utk pertumbuhan fizikal dan mental anak yg betul.. bak kata melor.. mende tu dah Allah ciptakan mmg itu je tujuannyer..ermm pelik tul laa org mcm tu. tp mmg nampak sgt le.. dia mmg takde kesedaran langsung...

    ReplyDelete
  7. ezul: kalau ezul jadi emak... mesti ezul pun breastfeedkan baby kan! ada ciri2 ibu yang baik...opss.. bapa! hehehe.. jangan marah ezul.. gurau jer

    keh: info berguna bagi mereka yang kurang info.. haha

    ReplyDelete
  8. fadh, pd mak2 yg tak BF ni meke ni tak faham kelebihan dan situasi BF. tuh pasal meke2 ni byk songel.. bby2 yg BF ni.. jarang kena sakit2.. bby2 yg BF ni tumbesaran fizikal dan mental dia pn agak bagus.. @ dgn kata lain dia lebeh CERDIK.. so pada mak2 yg x BF ni pkr2 dan tenung2kan jgn dukk kata memacam..
    aku mmg hanginn kaloo oorg mperkotakkk kataakkkan isu2 BF ni..
    k.aida ader photo yg sesuaiii sgt dgn ttitle BF ni.. sat lgk k.aida passkan.. Fadh letak beso2 kt dlm blog ni okk..

    ReplyDelete
  9. nak share sket la pengalaman dan pemerhatian aku since fully breastfeeding Nur Ain Nazihah selama lebih kurang 1 thn + 8 bln..aku notice dia memang sangat2 jarang kena deman or pape sakit until la aku terpakse stop menyusu atas sebab2 tertentu yang tak mengizinkan aku tuk terus menyusukan dia..aku notice dia mudah kena deman + selsema since then. This really proof that antibodi derang sgt kuat dengan breastmilk and aku sangat2 bersyukur sebab aku nampak mental development dia agak cergas..2-3x aku ckp jek dia sure boley ingat, InsyaAllah. Kalo org Islam ni tak sedar2 lagik aku tatau ler..kat opis nih yg slalu accompany aku expressing breastmilk dulu mostly chinese, n ada sorg tu philipino..yg melayu plak bila d tanya ada yang berusaha tuk stopkan stimulation susu..camne tu? Pada aku la..org kolot jek berpkan camtuh..konon nnt breast tak mantap la..etc..nonsense! sanggup bg anak minom susu haiwan..pelik btul..breastfeeding boley slim kan badan..tak caya tgk aku..berat aku skang 46kg (masa anak dara pun paling rendah 48kg jek)..sesapa tgk sure impress punya (motivasi nih tuk ibu2..ahahahaa!)

    ReplyDelete
  10. Hi Fadh....
    Sabarlah, ibu yg breastfeed anak² kecil mereka ini memang byk dugaannya.

    Susu ini adalah hak anak, sebagai ibu,kita tunaikan saje amanah yg diberikan dan penuhi hak anak kita.

    Cakap² org sekeliling ni ni memang menyakitkan bukan saja telinga, tapi hati dan perasaan kita.Jadi abaikan saje, jgn sampai perasaan kita terdera dengan kata² mereka.

    ReplyDelete
  11. sabar la fadh ek.....nak ckp lebih², dah ramai plak yang ckp.

    sape la agak² yang ckp tu kan? hmmmmm....!!!

    ReplyDelete
  12. thanks all... terima kasih kerana memahami

    ReplyDelete