Tuesday, December 2, 2008

Kenangan Terindah

Diam tak diam, dah setahun aku kat Johor. Ibarat sirih pulang ke ganggang. Begitulah aku. Setelah hampir 7 tahun menjadi anak rantau di bumi Selangor, akhirnya ke tanah ini jua aku kembali. Semuanya demi keluarga, demi masa depan.

Dan dalam jangkamasa setahun ni juga, aku tak sentuh software Flash. Yang suatu ketika dulu memang merupakan software yang hari2 aku hadap. Entah ingat lagi ke tak aku dengan action script. Ceh! Cam terer scripting je cakap. Padahal yang aku mahir sangat ada le yang stop, play, pause, go to, and next. Haha. Yang lain, agak2 yang kene drag and drop, aku serahkan pada Mantera tak pun Ku Nizam dengan upah cokelat sebagai ganjaran. Hehe. Mereka sukakan Choki2!

Hari2 terakhir aku kat Multimedia University sangat indah walaupun pada hakikatnya adalah hari2 penderitaan aku sebab nak meninggalkan kawan2 serta kareer yang dah aku bina hampir 7 tahun.

Sehingga saat ini, aku masih rindukan insan2 yang sangat akrab dengan aku. Yang selalu meluangkan masa dengan aku dan selalu mendengar cerita, masalah, celoteh dan loyar buruk aku.

7 tahun bukan satu jangkamasa yang singkat. Terlalu banyak kenangan manis dan pahit diabadikan di sana.

Masa aku kat IBDP, kami bagaikan satu keluarga yang besar. Banyak sangat xtvt bersama. Berpicnic ke PD laa.. ke Gunung Ledang laaa.. even sedekat Taman Putrajaya pun kami pergi. Bila birthday plak, Kak Norai pasti sponsor kek yang memang enak2 belaka. Aku plak pada ketika tu merupakan chef department laa konon. Asal buat makan2, rumah aku jadi tumpuan. Siap karaoke session lagi. Hehe. Seronok. Kat sini jugak Kak Miza telah dirosakkan. Dari seorang yang nerd, kepada seorang yang HOT! Hahaha... dari zaman dia berbaju merah bertudung hijau, kini kak miza menjadi seorang IKON fesyen di MMU. Ahaks! Masa kat IBDP ni gak, Chino, staff CMED yang tercampak menjadi cam anak tiri IBDP. Hehe. Kebetulan rumah dia dekat dengan rumah aku, kami menjadi sahabat yang sangat rapat dan sering buat mesyuarat tingkap bersama.

Yes, zaman berubah. Manusia juga berubah. Dulu Kak Miza anak 2, kini kak miza bakal ada 6 orang anak!! Hehe... Cam tak kene jer kan perumapamaan aku.

Bila IBDP dan CMED di”merge”kan.. maka lahirlah department baru yang lebih ramai dan besar. Kat sini aku kenal Keh. Bunga CMED dulu. Keh merupakan salah satu manusia yang meninggalkan kesan mendalam hidup aku sepanjang aku berada di MMU. Bila Kak Miza dan Kak Norai meninggalkan IBDP, aku memang jadi sangat sedih dan kehilangan. Kehadiran Keh mengubati kehilangan itu. Hidup aku kembali berseri dan hubungan kami sangat rapat macam isi dengan kuku. Semakin hari semakin erat dan sebati. Terutamanya bila sama2 mempunyai anak dan sama2 berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Sama2 berkongsi cerita suka dan duka. Sama2 meluahkan masalah bersama. Walaupun Kak Miza dan Kak Norai dah tak sepejabat lagi, tapi kami tetap bersama dalam situasi2 lain.

Bersama CMEAD juga, aku dapat lebih ramai kawan2 sejenis. Satu demi satu pekerja kaum hawa masuk ke sini dan menjadikan kami seperti adik beradik. Melor, Wawa, Fara. Aduh, rindunya aku pada adik2 aku ni.

Dan seperti biasa, setiap kali aku terkenangkan kenangan2 aku kat sana, air mata aku ni mudah sangat nak keluar. Memang kenangan2 aku kat sane memberi kesan mendalam dalam hidup aku.

Aku bukan tak happy kat Johor. Aku happy. Aku happy bila dpt dekat dengan family. Mak pun dah tak macam dulu. Dah semakin rapat dengan aku. Aku rasa pengorbanan aku pulang ke Johor memang berbayar bila aku dpt dekat dengan keluarga. Aku juga sudah boleh menerima hakikat kehidupan aku ni di sini. Aku juga semakin happy dan senang bekerja di tempat kerja kini bersama kawan2 baru aku. Anor n Kafiyun. Mereka juga kawan yang baik seperti kawan2 aku kat sana.

Tapi bak kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang.. inikan pula tempat kita bina kerjaya, persahatan dan kehidupan selama 7 tahun kan. Sangat sangat indah bila dikenangkan. Dari bujang hingga ke anak 2. Dari badan aku kurus, hingga kembang. Kebanyakkan kenangannya diukir di sana. Macamanalah aku tak tersentuh bila terimbas semula kenangan2 ini.

Terlalu banyak yang perlu aku coretkan sekiranya satu persatu cerita nak aku huraikan. Silap2 penulis novel Sharifah Abu Salem mahupun Habibul Rahman El Shirazy untuk novel Ayat-Ayat Cinta pun bisa angkat tangan kepadaku nanti.

Biarlah aku abadikan kenangan2 terindah ini dlm hati aku sendiri. Seindah video clip yang Ku Nizam buatkan pada hari terakhir aku berada di MMU. Kenangan terindah.
Sebak, sedih dan emo.

Buat Keh, Kak Miza, Kak Norai, Ku Nizam, Chino, Kak Nita, Zura, Ain, Fara, Melor, Nora, Wawa, Anis, Kak Rita, Kak Aida, Kak Lin Laksa, Kak Shidah, Kak Ju DE, Wani, Kak Faiza, Fai, Mantera, Lela, Juan, Ku Jerol, Husin, Papa Riki, Kak Ena, Lintau, Nani, Bubs, Amin, Ayu, Adi, Pyan, Yang Oriyos, Rahim, Jamal, Rok, Kak Ju CMLC, Mazni, Lin dan semua yang aku kenali samada yang masih atau tidak bekerja di MMU lagi, terima kasih atas persahabatan yang telah dihulurkan dari dulu.....................................hingga kini.

4 comments:

  1. Takpe fadh.. jauh di mata dekat dihati :)

    ReplyDelete
  2. fadh yang sporting tahap dewa tapi emo...serta gila shopping..kwah kawah kwah

    ReplyDelete
  3. kiter lak yg sebak tgk vids tue. sob..sob...

    ReplyDelete
  4. shahdunyeee fadh.. bio jauh di mata.. di hati jangan...

    ReplyDelete