keadaan meja aku yang paling senonoh. Kalau tak, lagi teruk daripada ini
Aku sangat tak suka situasi ini. Aku tak kisah sebenarnya untuk kerja lebih masa. Dulu, masa kat MMU, aku pernah stay sampai pukul 2 pagi untuk menyiapkan project MOE mahupun menyiapkan buku convo MMU. Anak dan suami juga aku angkut bersama... weekend pun dihabiskan di ofis. Tapi aku tak kisah sebab at the end of the day, aku tau aku akan dapat pulangan yang setimpal iaitu DUIT. Dengan penat lelah ini, aku pernah menerima duit OT sebanyak 1K lebih! Memang duit yang memberi aku motivasi untuk menyiapkan kerja. Ya, aku memang mata duitan. Dengan kehidupan sekarang ni, tipu laa kalau anda katakan "saya bekerja ni kerana tanggungjawab semata2... Jadi saya tak kisah pasal duit.."
Kadangkala aku jadi tension jugak. Sekarang ni, kerja aku tak seperti di MMU. Kerja aku bermusim. Ada musim sibuk, ada musim aku bleh goyang kaki. Tapi selalunya jarang laa dpt peluang untuk menggoyangkan kaki mahupun menggaru ketiak!
Kerja aku kini dah more to business. Setiap hari akan ada tugasan dan rekaan baru yang harus aku buat dan fikirkan. Otak aku letih. Tambah lagi aku tidak dimotivasi dengan ganjaran yang setimpal seperti DUIT.
Weekend aku kene datang untuk menyiapkan tugasan. Pernah juga 2 3 kali datang malam untuk siapkan tugasan. Tapi apa yang aku dapat hanyalah cuti ganti. Jadi bila ketidak ikhlasan bersarang di hati, mula laaa rasa tak puas hati.
Bukan apa, mungkin ada yang kata... aku ni pagi petang siang malam kt opis tapi takde sibuk2 pasal OT pun. Harus diingatkan... gaji aku di sini tak seperti dahulu...status aku adalah ibu kepada 2 orang anak dan mempunyai sebuah rumah yang harus dibayar sebanyak RM738 setiap bulan. Pendapatan isi rumah kami tak sebesar mana. Jadi sebab tu aku perlukan duit tambahan untuk menampung isi rumah kami. Tu belum lagi aku masukkan expenses diaper, nursery anak, makan pakai dan bill. Tapi sekiranya aku kerja lebih masa tapi yang aku perolehi hanya cuti ganti, aku rasa tak berbaloi. Sebab dengan cuti sedia ada yang banyak dengan kesibukan yang tidak mengizinkan aku untuk bercuti, aku rasa ganjaran cuti ganti tuh tidak berbaloi.
Nampaknya, aku perlu fikirkan alternative lain untuk kerja lebih masa yang boleh menjana kepada pendapatan sampingan. Sape ada job partime? bleh laa pass kat aku ek!
Nk buat dropshipping baju2 kat dlm web melor tak? Komissen bley bincang. Amcam? Duit lebih nih nk tak?
ReplyDeletecam rindu lak meja tue yg penuh ngan barang2 etc etc. Byk kenangan...
ReplyDeleteTaper Kak Fadh...kiter tau kak fadh leyh overcome all this obstacles...even ngan the office condition yg tak berapa elok...Kak Annor cuti bersalin lg.
Jujur kiter ckp, all those workload need to be completed, time consuming, mentally draining is not appropriate with the reward that gonna get.