Saturday, December 20, 2008

My 5th Anniversary!

5 tahun yang lalu, pada waktu ini aku sedang bersiap ke masjid untuk dinikahkan bersama dia. Sepatutnya, pukul 10.30 aku sudah berada di masjid. Tapi aku lewat. Aku kan melayu! Janji melayu. Haha... pukul 11 lebih baru aku tiba walaupun jarak masjid dengan rumah aku, hanya beberapa meter sahaja.

Syed pula, 5 tahun yang lalu.. pada waktu ini sedang berdebar, cemas, cuak dan segala rasa yang tak best laa menyelubungi. Dalam hati sure tertanya2 mana bakal isteri aku yang tak sampai2 nih.
Dengan sekali lafaz, kami sah menjadi suami isteri.

Kini telah bersama selama 5 tahun plus 2 tahun bercinta minus 2 tahun putus cinta. :P

Dulu, kini dan selamanya... aku tetap sayang pada dia.

Syed Syahrul Zarizi, contract seumur hidup menjadi suami kepada Fadhilah.

*** Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat. Amin

Sayang, happy anniversary! love u bebeh!

2 comments:

  1. Tahniah!Akak tumpang gembira melihat Fadh bahagia...Jom kita try dapatkan anak dara pulak...

    ReplyDelete
  2. thanks kak shidah...

    niat nak menambah anak tu ada.. tp kene kukuhkan financial dulu sblm tambah anak dara tuh.. huhu

    ReplyDelete